Semalam perjuangan Nizam Laksamana di Gegar Vaganza 2 telah terhenti apabila beliau di singkirkan pada konsert minggu ke 6 tersebut. Ditanya mengenai apa perancangannya selepas Gegar Vaganza, Nizam ada meluahkan hasratnya untuk mengerjakan umrah pada penghujung tahun ini.
Walaupun beliau tersingkir nyata rezeki masih berpihak kepadanya apabila Dato Seri Vida dengan ikhlas ingin menaja Nizam ke tanah suci Mekah. Berita itu agak mengejutkan Nizam tetapi beliau bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada pengasas produk Qu Puteh itu kerana melaksanakan impiannya.
Saya merasakan inilah kemenangan sebenar yang telah saya kecapi. Walaupun tersingkir, saya telah diberikan rezeki yang lebih baik.
Sebaik sahaja Datuk Seri Vida memberitahu yang dia mahu menaja saya dan isteri mengerjakan umrah pada hujung tahun ini, saya terkejut dan tidak mampu berkata apa-apa.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana telah merealisasikan impian saya untuk menjejakkan kaki di tanah suci.
Itulah, kebanyakkan orang hanya tahu mengkritik Dato Seri Vida berdasarkan luarannya sahaja tetapi tiada siapa tahu betapa mulianya hati beliau. Nyata, beliau seorang yang tidak kedekut ataupun lupa diri meskipun sudah berjaya. Besar pahala beliau bukan?