Dato’ Seri Vida Bakal Jadi Pelakon Dan Penerbit?

Hiburan

Dato’ Seri Vida Bakal Jadi Pelakon Dan Penerbit?

Dato’ Seri Vida yang sebelum ini hanya menaja program hiburan akan melangkah setapak lagi apabila bakal bergelar pelakon dan penerbit. Wow! Memang aktif sungguh pengasas Qu Puteh ini membina nama beliau.

Advertisement

Menurut Vida, beliau ada menerima tawaran berlakon daripada pengarah Michael Ang.

Antara watak yang didamkan oleh Vida jika beliau bergelar pelakon adalah watak fantasi seperti Puteri Elsa didalam filem terkenal Frozen ataupun seperti karakter Angelina Jolie menerusi filem Maleficent.

Watak yang ditawarkan ialah sebagai diri sendiri atau ‘cameo’. Namun, saya belum membuat apa-apa keputusan kerana kekangan masa. Saya sukakan watak-watak fantasi.

Vida juga bakal menerbitkan sebuah filem tidak lama lagi. Namun, beliau buat masa ini enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya. Apa yang beliau janjikan ia bakal menjadi satu filem yang lain daripada lain.

Semangat betul Dato’ Vida menceburi pelbagai bidang. Teruskan bersemangat! Jangan pedulikan kritikan orang lain, mereka sebenarnya cemburu dengan kejayaan anda. Hehe..

Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...