Seperti yang diketahui ramai, program AF Megastar 2017 sudah pun berakhir semalam. Walaubagaimanapun, ada sesetengah netizen meluahkan rasa tidak puas hati kerana juaranya sahaja yang membawa hadiah wang tunai sedangkan ada finalis lain yang pulang dengan tangan kosong.
Hari ini, Dato’ Seri Aliff Syukri menjadi mangsa kecaman dan target netizen untuk meluahkan rasa tidak puas hati tersebut kerana beliau merupakan penaja utama AF Megastar 2017.
Sudah tidak tahan menerima pelbagai komen yang menyalahkan dirinya sahaja, Dato’ Seri Aliff memberitahu beliau tidak mempunyai kuasa mutlak terhadap program tersebut dan menentukan hadiah kepada pemenang meskipun sudah menaja jutaan ringgit.
Biasanya bukan semua penaja dapat melakukan sesuka hati mereka untuk menentukan susun atur sesebuah program televisyen meskipun sudah melabur jutaan ringgit. Apa-apa pun sabar lah ye Dato’ Seri Aliff.