Dato’ Fazley Kongsi Resepi Pie Sihat Guna Cherries & Summerfruits Australia. Sesuai Untuk Yang Diet!

Branded

Dato’ Fazley Kongsi Resepi Pie Sihat Guna Cherries & Summerfruits Australia. Sesuai Untuk Yang Diet!

Bila kita bercakap tentang buah-buahan, semestinya kita tahu bahawa kebanyakkannya kaya dengan pelbagai jenis vitamin yang bagus untuk kesihatan tubuh badan. Antara vitamin yang boleh didapati daripada buah-buahan yang bagus untuk kesihatan adalah vitamin A, E dan C. 

Namun, tahukah anda terdapat beberapa buah-buahan yang kaya dengan vitamin-vitamin tersebut serta anti oksidan susah untuk dicari di Malaysia? 

‘Cherries and Summerfruits’ Hadir Memberi Manfaat Pada Kulit & Sistem Imun

Baru-baru ini, Taste Australia telah melancarkan ‘Cherries and Summerfruits’ yang mana beberapa buah-buahan seperti pic, nektarin, apricot dan plum telah diimport ke Malaysia tau. Wow!

Menurut Menteri Kaunselor(Komersial) dan Pesuruhjaya Perdagangan Kanan – Malaysia dan Brunei, Encik Paul Sanda, beliau teruja untuk melancarkan ceri Australia dan buah-buahan musim panas, untuk rakyat Malaysia nikmati bersama yang tersayang. 

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa buah-buahan musim panas dan ceri ini adalah gandingan yang terbaik untuk anda yang ingin menjaga kesihatan badan terutama untuk mereka yang mengalami masalah jantung, tekanan darah serta untuk memperkuatkan imuniti badan. 

Untuk pengetahuan anda, buah pic, nektarin, apricot dan plum ini kaya dengan pelbagai vitamin A, E dan C serta antioksidan yang dapat membantu untuk beri tenaga serta meningkatkan sistem imun dalam badan. Seriuslah?

Selain itu, untuk anda yang ingin mengekalkan kecantikan kulit, anda perlu dapatkan buah-buahan ini sebab ia kaya dengan vitamin C yang mana ia mampu meningkatkan pengeluaran kolagen untuk kulit anda tau. Menarik!

Bukan itu sahaja, kalau anda sejenis menjaga pengambilan kalori dalam makanan, anda tak perlu risau untuk jadikan buah-buahan ini sebagai snek harian sebab ianya rendah kalori serta indeks glisemik. 

 

Hasilkan Pie Ceri Yang Sihat Bersama Dato’ Fazley Yaakob

Semasa pelancaran Cherries and Summerfruits, Dato’ Fazley Yaakob turut hadir bersama untuk menunjukkan cara penyediaan pie yang sihat dengan menggunakan buah-buahan import dari Australia ini. 

Menurut resepi Dato’ Fazley, buah-buahan ini boleh dijadikan sebagai inti untuk penyediaan pie tersebut atau ia juga boleh dijadikan sebagai hiasan di atas pie. Selain daripada menghasilkan pie, anda juga boleh menggunakan buah-buahan ini untuk menghasilkan tart atau dijadikan sebagai pencuci mulut. Senang je kan.

 

Sertai Basket of Summer Joy Untuk Peluang Menangi Hadiah Wang Tunai

Untuk menghangatkan lagi kempen Cherries and Summerfruits, Taste Australia mengajak anda untuk sertai Basket of Summer Joy yang mana anda berpeluang untuk menangi hadiah wang tunai serta baucar yang lumayan tau!

Apa yang perlu anda buat adalah hanya menyusun bakul buah yang menampilkan mana-mana satu atau gabungan ceri Australia dan buah-buahan musim panas. Peserta yang menyusun bakul buah paling kreatif akan membawa pulang wang tunai atau baucar pasar raya bernilai RM200! Menariknya!

Peraduan ini berlangsung dari 19 Disember 2021 hingga 26 Februari 2022. Untuk maklumat lanjut, layari sosial media rasmi Facebook dan Instagram Taste Australia. 

Anda boleh dapatkan Cherries and Summerfruits Taste Australia di pasar raya utama berdekatan seperti Jaya Grocer, Village Grocer, QRA, Lotus’s, dan pasar raya AEON seluruh Malaysia. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...