Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dato’ Aliff Syukri Kini Memiliki Kereta Rolls- Royce Impiannya

Berkat penat lelah dan usaha tanpa mengenal erti putus asa, kini impian Dato’ Aliff Syukri ataupun lebih terkenal dengan panggilan Dato’ Terlajak Laris sudah berjaya mencapai impian beliau untuk memiliki kereta idamannya.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Dato’ Aliff Syukri telah meluahkan rasa syukur dengan rezekinya kerana sudah memiliki kereta mewah Rolls-Royce.

Advertisement

Walaubagaimanapun, tujuan beliau memuat naik foto bersama kereta itu bukanlah untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya ingin memberikan motivasi kepada orang ramai khususnya mereka yang terlibat dalam bidang perniagaan.

Hari ini saya seakan bermimpi dan berkhayal tetapi menjadi nyata..dan teringat saya dulu..saya pernah berjalan kaki kerana tiada kenderaan dan tiada wang untuk membeli kereta dan saya berniaga berjalan kaki ke rumah dan pejabat….melihat keadaan saya itu membuatkan saya berazam bahawa cabaran adalah semangat pada saya utk berjaya…tiada perkataan x boleh dalam kamus hidup saya…kerana hanya kita yang berhak mengubah kehidupan dan diri kita bukan orang lain…Dalam hidup tiada yang mudah..semuanya perlu kerja keras untuk mencapai matlamat dan impian utk berjaya.

Jangan sesekali putus asa dan serahkan takdir hidup kita pada keadaan walaupun telah banyak kali gagal…kerana gagal bukan noktah kehidupan kerana saya juga pernah gagal…Alhamdulillah impian abg tercapai hari ni utk memiliki kereta idaman iaitu Rolrose “selalu tngok filem org puteh ada kete ni jd nak juga merasa”….bukan tujuan untuk menunjuk jauh sekali meriak…hanya utk memberi semangat bahawa kpd smua khususnya peniaga melayu wanita dan lelaki kita boleh berjaya walaupun siapapun anda!! yg pnting kita perlu berusaha bukan hanya khayalan dan angan2…
Ingat jangan main no ekor atau skim cpt kaya sbb “yg cepat naik cepat juga jatuh”..jd ikutlah aliran yg betul dlm perniagaan..jgn sampai yg dikendong x dapat yg dikejar berciciran dan fokus terhadap apa jua yg dilakukan dan Insya Allah ada rezeki.menanti..Allah sangat sayangkan hamba3 nya yg rajin berusaha…* dah lengguh tangan sy taip panjang2 ehhehe..

Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah, tiada gunanya kalau kita memasang impian setinggi langit kalau usaha kita tidak seberapa dan yang paling penting kalau sudah berjaya jangan pula lupa asal usul dan kepayahan yang harus kita tempuh untuk berjaya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama