Hasil usaha keras dalam perniagaan, usahawan muda Dato’ Aliff Syukri ataupun lebih dikenali dengan panggilan Dato Terlajak Laris tidak sabar untuk menanti rumah baharu beliau bernilai RM 20 juta yang bakal siap dibina dengan sentuhan ala Istana British.
Bahkan rumah baharu beliau ini antara rumah yang terbesar di sekitar Petaling Jaya.
Saya sukakan gaya Istana British. Jadi saya buat lebih kurang dengan konsep begitu. Saya juga terharu kerana rumah baru saya ini disenaraikan antara rumah yang terbesar di kawasan Petaling Jaya.
Jika sebelum ini Dato Seri Vida menerima pelbagai kritikan selepas muncul dalam program Terlajak Puteh Nampak, Aliff juga turut terkena tempias yang sama.
Aliff pernah menolak permintaan pihak Astro sebanyak dua kali sebelum muncul dalam program berkenaan. Bukan niat ingin bermegah dengan kekayaannya, Aliff hanya ingin menjadi sumber inspirasi buat mereka diluar sana.
Apabila Astro telefon sebenarnya dua kali saya menolak sebab saya tak mahu dikatakan yang bukan-bukan. Tapi bila fikir balik, oklah saya terima dengan niat yang baik.
Namun secara jujurnya bukan senang saya nak jadi seperti sekarang. Macam-macam perkara yang saya kena lalui. Ingat lagi dulu, saya pernah terima ugutan bunuh, ada orang nak pukul saya, dan macam-macam atas pelbagai alasan. Biasalah dalam bisnes kan. Jangan tak tahu, yang benci dengan suara kepit saya pun ada.
Tapi saya tak pernah sakiti hati orang lain dan saya jujur dalam bisnes. Alhamdulilah, sehingga hari ini berkat semua itu, saya ok dan tidak alami apa-apa. Syukur.
Sudah lama bekerja keras, tentu sekali setiap insan mahu menikmati dan mencapai setiap impian mereka dalam sesuatu perkara. Jangan mudah cemburu dengan kejayaan orang lain, tetapi cuba bangkit dan usaha untuk mengubah hidup kita.