Pelawak dan pelakon, Amir Raja Lawak sekali lagi tampil merayu agar pihak syarikat televisyen yang berhutang sebanyak RM18,000 kepadanya tampil menyelesaikan bayaran tertunggak tersebut.
Menurut Amir, wang tersebut amat diperlukan ketika ini bagi menampung keperluan harian dan kos perubatan, termasuk ubat-ubatan untuk dirinya dan bapanya yang sedang sakit.
Hutang bayaran masih sangkut lagi RM18,000, ianya masih belum dilangsaikan ya Dato Adam Dato Ilyas.
Mengulas cadangan orang ramai agar beliau membuat laporan polis atau menggunakan khidmat peguam, Amir menjelaskan bahawa langkah tersebut sudah banyak kali dilakukan oleh pihak lain yang turut menjadi mangsa tunggakan bayaran.
Sudah berpuluh laporan dibuat oleh orang lain, tetap tak dapat bayaran. Surat peguam pun dah banyak dihantar kepada dia. Tapi apa jadi? Masih shopping, bercuti, dan hidup selesa.
Amir turut meluahkan rasa kecewa apabila berasa seolah-olah haknya dinafikan hanya kerana dia bukan dari golongan berada.
Kalau dilihat dengan mata zahir, memang saya tidak kuat. Lagi-lagi untuk desak orang kaya selesaikan amanah kepada orang yang tak kaya macam saya. Tapi saya betul-betul perlukan duit saya.
Tambahnya, dia tidak mahu terus mendesak tetapi dalam keadaan terdesak, dia tiada pilihan lain.
Saya nak ianya selesai secepat mungkin. Dato Adam bagi duit saya, dan saya buat hal saya macam biasa. Takkan nak tunggu dah betul-betul tak ada simpanan baru saya nak minta? Confirm tak akan dapat on the spot!
Terdahulu, Amir pernah menyatakan bahawa wang itu penting untuk membiayai kos rawatan bapanya yang sedang sakit, dan kini dia berada dalam keadaan buntu memikirkan jalan penyelesaian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.