Malaysia telah menyekat akses kepada aplikasi temu janji LGBTQ+ popular iaitu Grindr dan Blued, sekali gus menandakan perkembangan terbaharu dalam sekatan berterusan negara ini terhadap golongan minoriti seksual.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengumumkan tindakan sekatan tersebut dan memaklumkan pihaknya mungkin akan berurusan secara langsung dengan syarikat teknologi seperti Apple dan Google, yang mengedarkan aplikasi berkenaan melalui platform telefon pintar masing-masing.

“MCMC akan mengambil tindakan terhadap kandungan atau fungsi aplikasi yang melanggar undang-undang domestik, termasuk yang melibatkan penyebaran kandungan lucah atau tidak bermoral, eksploitasi atau penderaan, penipuan, penderaan kanak-kanak atau ancaman terhadap keselamatan awam,” menurut kenyataan suruhanjaya itu.
Langkah tersebut diambil selepas seorang ahli Parlimen mengkritik aplikasi berkenaan kerana didakwa memudahkan apa yang disifatkan sebagai hubungan “menyimpang”.
Walaupun lebih dikenali sebagai platform temu janji, kedua-dua aplikasi tersebut turut digunakan untuk tujuan lain seperti membina jaringan persahabatan, komunikasi global serta sistem sokongan komuniti.
Aktivis hak digital memberi amaran bahawa sekatan ini boleh menyebabkan individu LGBTQ+ di Malaysia semakin terasing dalam usaha membina hubungan bermakna.

@lilacskywee 5 app yang perlu hati hati weh #fyp
Tindakan Malaysia ini berlaku ketika beberapa negara di rantau ini turut berdepan tekanan daripada kumpulan agama konservatif untuk menyekat hak LGBTQ+, namun pendekatan Malaysia dilihat antara yang paling menyeluruh di Asia Tenggara.
Sekatan tersebut berpotensi menjadi penanda aras kepada sekatan dalam talian lain yang menyasarkan golongan minoriti seksual di negara majoriti Muslim dengan populasi kira-kira 33 juta orang.
Bagaimanapun, pengguna yang mahir teknologi menyatakan aplikasi tersebut masih boleh diakses melalui rangkaian persendirian maya (VPN) yang mampu memintas sekatan internet oleh kerajaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
