Datin Shahida Mengamuk Dituduh Tak Pedulikan Ammar Ahyan – “Mulut Tu Jaga! Aku Bela Dia Sampai Umur 17 Tahun”

Trending

Datin Shahida Mengamuk Dituduh Tak Pedulikan Ammar Ahyan – “Mulut Tu Jaga! Aku Bela Dia Sampai Umur 17 Tahun”

Datin Seri Shahida tampil menempelak warganet yang mendakwa dirinya tidak menghiraukan tentang anak sulungnya, Ammar Ahyan.

Menerusi siaran langsung, usahawan itu dilihat berang dengan individu yang melemparkan dakwaan tersebut dan menjawab tegas.

Advertisement

Komen ini buat saya marah, itu anak saya. Apa yang awak harap bila komen macam itu? Sebelum cakap tu fikir dulu, jangan main cakap pakai mulut sahaja.

Aliff Syukri dan anak-anak

Tambah isteri Datuk Seri Aliff Syukri, individu berkenaan sudah melampaui batas dan berkata dakwaan tersebut amat berat untuk dirinya yang bergelar ibu.

Aku tak peduli pasal anak? Aku bela dia sampai umur 17 tahun, kau kata aku tak kisah pasal dia. Bab lain tak apa, kalau pasal anak aku memang naik angin. Mulut tu jaga sikit! Anak kau ke? Lain kali komen pakai otak.

Apabila kemarahan Shahida mula reda, dia menegaskan dengan tenang bahawa anak-anak menjadi keutamaannya dan dia merupakan ibu yang mengambil berat dan bertanggungjawab.

@farin_rose Kerana mulut badan binasa…Mama sekolahkan netizen yg komen mengundang provokasi kerana menfitnah mama membiarkan anaknya. Video Credit to: @Nur Shahida Mohd Rashid #dherbs #datinshahidadherbs #aliffsyukri #anak #netizen ♬ original sound – Lubuk Berkat Sehat

Datin Shahida pesan wasiat atas namanya jika ada penyondol
2025-06-07 11:19:58

"Kalau Papa Disondol, Saya Biarkan Tapi Wasiat Atas Nama I, You Tolong Keluar Rumah Sehelai Sepinggang" - Datin Shahida

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...