Ketika ini hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Datuk Seri Aliff Syukri apabila timbul dakwaan mengatakan isterinya, Datin Seri Nur Shahida telah memfailkan perceraian di mahkamah.
Bagaimanapun, Shahida ketika dihubungi pihak media berkata dia memohon maaf kerana buat masa ini dia ingin mengunci mulut daripada memberikan sebarang komen lanjut mengenai status rumah tangganya.
Bab rumah tangga saya tak nak komen. Minta maaf ya.
Ditanya adakah semua anak-anak berada dengannya ketika ini, Shahida hanya menjawab ringkas ‘ya’ menerusi aplikasi WhatsApp.
Sementara itu, Aliff yang dihubungi juga enggan mengulas mengenai spekulasi tersebut.
No komen.
Terdahulu, spekulasi mengatakan rumah tangga mereka bermasalah mula tercetus apabila pasangan ini sudah tidak lagi saling mengikuti di Instagram. Malah, single terbaru yang dikeluarkan oleh Aliff berjudul Cuba Bahagia seolah-olah ditujukan kepada isterinya itu.

Dorothyna
March 27, 2020 at 10:36 am
Kesian anak2 ..kalau boleh tolong lah jangan ambil mudah utk cerai.. Anak2 dah ramai kesian.. Asam garam kita suami memang ada, tak betah kalau tak gaduh tak gurau…
Bersabarlah datin
Zioe
March 21, 2020 at 8:18 pm
Sape la y boleh tahan….mmm
Anonymous
March 20, 2020 at 2:31 pm
Elok la…kesian Shahida tu nak tanggung malu satu keluarga dgn perangai laki dia yg x betah2 tu.
Doa Terus
March 20, 2020 at 9:50 am
Mungkin Datin mmg dah cukup sabar sgt dgn DAS, mmg dari segi kemewahaan duit DAS mampu tapi mungkin suami dia dah melampau sgt dgn kerenah stupid dia, beri pandangan dan nasihat x dengar, dan pergi nya Datin ke Umroh dgn anak2 untuk berdoa terus dgn Allah tunjukkan mana yg terbaik, agaknya ini aja jln yg terbaik untuk DAS kembali seperti dia dahulu, semoga semuanya baik2 aja untuk Datin dan anak2
Abg malek
March 20, 2020 at 5:12 am
Ayam goreng satuuuu