Ketika ini hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Datuk Seri Aliff Syukri apabila timbul dakwaan mengatakan isterinya, Datin Seri Nur Shahida telah memfailkan perceraian di mahkamah.
Bagaimanapun, Shahida ketika dihubungi pihak media berkata dia memohon maaf kerana buat masa ini dia ingin mengunci mulut daripada memberikan sebarang komen lanjut mengenai status rumah tangganya.
Bab rumah tangga saya tak nak komen. Minta maaf ya.
Ditanya adakah semua anak-anak berada dengannya ketika ini, Shahida hanya menjawab ringkas ‘ya’ menerusi aplikasi WhatsApp.
Sementara itu, Aliff yang dihubungi juga enggan mengulas mengenai spekulasi tersebut.
No komen.
Terdahulu, spekulasi mengatakan rumah tangga mereka bermasalah mula tercetus apabila pasangan ini sudah tidak lagi saling mengikuti di Instagram. Malah, single terbaru yang dikeluarkan oleh Aliff berjudul Cuba Bahagia seolah-olah ditujukan kepada isterinya itu.