Ibu kepada pengarah Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail meluahkan rasa syukur jika berita mengenai perceraian anaknya itu benar seperti yang diperkatakan.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Jika benar berita ini, saya amat bersyukur. Semoga Syamsul kembali ke jalan yang benar.
Katanya, dia bagaimanapun sudah memaafkan keluarga Ira Kaza di atas apa yang telah berlaku sebelum ini.
Namun, nasi sudah jadi bubur dan rumah-tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul hancur, anak-anak jadi mangsa.
Terdahulu, suaminya Datuk Yusof Haslam ketika ditanya tentang hal tersebut menolak untuk memberikan apa-apa komen.
Namun, peguam Syarie Azmi Rais yang mewakili Syamsul sudah pun mengesahkan bahawa pengarah itu telah memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira Kaza di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, semalam.
Tambah Azmi, tindakan itu dibuat oleh Syamsul kerana tiada lagi persefahaman di antara mereka dalam perkahwinan yang dibina pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.