Datin Patimah Dilabel Individu ‘Ibu Derhaka’ Gara-Gara Biarkan Syamsul Dikecam Masyarakat

Hiburan

Datin Patimah Dilabel Individu ‘Ibu Derhaka’ Gara-Gara Biarkan Syamsul Dikecam Masyarakat

Gara-gara memberi sokongan padu kepada menantu Puteri Sarah Liyana, ibu kepada Syamsul Yusof dilabel sesetengah individu sebagai ‘ibu derhaka’ kerana membiarkan anak lelakinya itu menjadi bahan tohmahan masyarakat di media sosial.

Ini berikutan tindakan Datin Patimah yang secara terbuka meninggalkan komen di media sosial menunjukkan sokongan terhadap Puteri Sarah dan tidak ‘menyebelahi’ Syamsul Yusof.

Advertisement

Memetik sebuah forum, individu tersebut merasakan tindakan Datin Patimah sebagai melampau malah menganggap wanita itu hanyalah ‘mak tiri’ kepada Syamsul.

Malangnya Syamsul dapat ibu macam ni. Inilah namanya ibu derhaka kepada anak..anak susah tak tolong, ada ke ibu macam ni di dunia? Memang mak Syamsul betul ke atau mak tiri.

Tidak berdiam diri, Datin Patimah tampil membalas komen individu itu.

Kalau awak jadi ibu, nak ke tengok anak awak sesat ke neraka? Saya bukan seorang ibu yang baik kalau menyokong anak buat salah dan aniaya isteri yang melahirkan cucu cucu saya?

Tidak cukup dengan itu, Datin Patimah menyelar individu itu sebagai ‘bapa’ kepada penyondol yang tidak pernah menasihatkan anak sendiri.

Datin PatimahSumber : Instagram  

Terdahulu, konflik rumah tangga antara pelakon Puteri Sarah dan suami, Syamsul Yusof dilihat semakin menjadi-jadi apabila pengarah itu mula memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya.

Puteri Sarah kemudian membidas perbuatan Syamsul dengan memberi peringatan mengenai kes persetubuhan luar nikah bersama Ira Kaza yang kini masih dalam siasatan.

Syamsul Yusof sidang media
2 years ago

"Mungkin Ibu Mahu Saya Ceraikan Sarah, Maaf Saya Tak Boleh Buat Begitu" - Syamsul Yusof

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Forum CARI

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...