Pelakon Datin Intan Najuwa mendedahkan bahawa individu yang sebelum ini menulis komen biadab menghina dirinya serta keluarga akhirnya tampil memohon maaf selepas menerima surat tuntutan (LOD) yang dihantarnya baru-baru ini.
Menurut Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, individu tersebut menghubunginya dalam tempoh 24 jam seperti yang diminta dan kerana sikap bertanggungjawab itu, Intan memilih untuk tidak memanjangkan isu berkenaan.

Individu berkenaan sudah menghubungi saya untuk memohon maaf, dan saya menghargainya.
Disebabkan dia bertindak balas dalam tempoh 24 jam, saya putuskan untuk tidak memanjangkan isu ini.
Menerusi Threads, pelakon drama Tuan Danial itu menjelaskan dirinya bukan seorang yang suka bermusuh. Intan menegaskan bahawa dia lebih senang hidup tenang, menghormati orang, dan fokus pada urusan sendiri.
Siapa yang kenal saya tahu saya seorang sangat bertolak ansur. Saya tak kacau sesiapa, saya fokus pada hidup sendiri.
Saya selalu cuba buat baik, bantu orang dan hormati sesiapa di sekeliling. Saya tak pernah bercakap buruk tentang orang tanpa sebab, dan saya bukan jenis menyimpan dendam.
Bagaimanapun, Intan mengingatkan bahawa kesabarannya ada had terutama apabila melibatkan maruah keluarga.
Akhir sekali, Intan menasihatkan orang ramai agar lebih berhemah ketika menggunakan media sosial kerana setiap komen dan tindakan boleh mendatangkan padah.
Perkongsian tersebut menerima sokongan ramai, yang memuji Intan kerana bertindak tegas namun tetap memilih jalan penyelesaian yang matang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
