Penyanyi Datin Alyah baru-baru ini mendedahkan bahawa dia sering diajukan pertanyaan setiap kali program realiti Gegar Vaganza (GV) akan bersiaran untuk musim terbaru.
Menurut Alyah, tidak semua perkara yang berkaitan dengan suaminya Datuk Ramli MS yang menjadi ketua juri sepanjang Gegar Vaganza bersiaran sebelum ini perlu dia ambil tahu.
Ada juga yang pernah meminta saya tiket untuk menonton program secara langsung.
Perkara tersebut dikongsikan Alyah menerusi sebuah posting di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat.
Alyah sempat berseloroh dalam kapsyen perkongsian tersebut dengan mempersoalkan adakah memang kerjanya di GV kerana ramai sangat yang bertanya kepadanya tentang itu.
Menerusi perkongsian tersebut juga, Alyah turut meminta orang ramai untuk tidak bertanya mengenai penyanyi manakah yang akan bersaing untuk GV musim kali ini.
Nanti akak yang masuk baru tahu, tapi yang pasti akak akan keluar dulu sebab laki akak dalam tu (Yang ni melawak saja, yang atas tu serius okay)
Tambah Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, sila lah call talian hotline Astro kalau ada masih yang gusar hati hendak tahu juga tentang GV.
Sekadar info, perkongsian Alyah tersebut nyata berjaya curi perhatian netizen yang turut sama terhibur dengan kapsyen seloroh yang ditulisnya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.