Datin Almy Nadia Nekad Buat Laporan Polis Selepas Ditipu RM570

Hiburan

Datin Almy Nadia Nekad Buat Laporan Polis Selepas Ditipu RM570

Pelakon Datin Almy Nadia baru-baru ini memaklumkan yang dia sudah nekad untuk membuat laporan polis susulan dirinya ditipu sebanyak RM570 oleh scammer yang menyamar menjadi peniaga kereta sorong bayi di Instagram.

Fizz Fairuz Almy Nadia
2 years ago

Tak Setuju Vaksin Anak-Anak Bawah 12 Tahun, Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Capai Kata Sepakat

Advertisement

Suami kepada pelakon wanita itu, Datuk Fizz Fairuz memberitahu yang isterinya jarang membeli barangan melalui Instagram tetapi berhasrat untuk melakukan pembelian kali ini kerana ingin menolong peniaga di laman sosial tersebut.

Perkara tersebut turut dikongsikan Fizz menerusi sebuah posting di Instagram untuk tatapan peminatnya.

Kejadian hari ini, kena tipu dengan orang jual stroller. Berhati-hati kalau korang beli barang online. Jangan percaya sangat, bahaya sekarang. Gunakan saluran yang betul atau peniaga online yang berdaftar.

Dalam pada itu, Fizz berkata yang isterinya itu nekad hendak membuat laporan polis kerana ingin elakkan lebih ramai orang yang menjadi mangsa scammer tersebut.

Pelakon filem Munafik itu juga harapkan agar orang ramai menjadikan insiden yang menimpa isterinya itu sebagai satu pengajaran dan lebih berhati-hati semasa membeli barangan secara online.

Fizz Fairuz, Almy Nadia & Family

Tambah Fizz lagi, scammer tersebut turut menggunakan gambar pelakon dan pengacara popular Ain Edruce sebagai gambar profil untuk memperdaya serta meyakinkan orang ramai.

Orang ini Indonesia katanya, sebab sudah periksa dia banyak akaun jual stroller. Awas semua!

Menjengah ke ruangan komen hantaran itu, rata-rata netizen turut berkongsi yang mereka mempunyai pengalaman yang serupa malah ada yang pernah menjadi mangsa scammer yang sama.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Tiktok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : KOSMO

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...