Datuk Fizz Fairuz,41, memberitahu bahawa isterinya yang juga pelakon, Datin Almy Nadia,34, telah dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.
Walau bagaimanapun, dia yang dihubungi media mengatakan bahawa masih belum mengetahui punca penyakit yang dialami isterinya itu.
“Almy telah dimasukkan ke hospital semalam. Hari ini baru buat pemeriksaan. Buat masa sekarang tak tahu lagi Almy sakit apa dalam perut dia. Harini baru nak buat endoskopi,”
Fizz yang memuat naik foto Almy terlantar di hospital menerusi Instagram miliknya turut memohon doa orang ramai agar urusan Almy dipermudahkan.
Datin Almy yang sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana sakit kini aktif melakukan ‘Instagram Review’ produk makanan yang ditaja peniaga online.
Semoga cepat sembuh Almy Nadia dan dipermudahkan urusan hendaknya!
Sumber : Astro Gempak