“Datang Melenggang, Ambil Gambar Jaga Anak Untuk Konten” – Zehra Zambri Dedah Terpaksa ‘Mengemis’ Duit Nafkah & Belanja Anak

Hiburan

“Datang Melenggang, Ambil Gambar Jaga Anak Untuk Konten” – Zehra Zambri Dedah Terpaksa ‘Mengemis’ Duit Nafkah & Belanja Anak

Penyanyi Zehra Zambri meluahkan rasa kecewa terhadap sikap suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin, apabila mendakwa terpaksa ‘mengemis’ demi memastikan kebajikan anak mereka, Zahiyah Iqleela, terjaga.

Zehra, 38, berkata dia kerap perlu menggunakan duit sendiri terlebih dahulu untuk membeli keperluan harian anak seperti susu dan lampin sebelum menuntut semula bayaran daripada suaminya.

Advertisement

Kalau bab keperluan seperti susu, lampin saya yang perlu dahulukan duit saya kemudian baru saya ‘claim’ dengan dia. Namun susah juga, ibarat perlu mengemis terlebih dahulu.

Menurut Zehra, ada ketika suaminya tidak menjenguk anak mereka hampir sebulan lebih, dan perkara itu jelas memberi tekanan terhadap dirinya sebagai ibu.

Penyanyi lagu Semalakama itu ditemui selepas selesai prosiding mendengar laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Hulu Langat, Bangi, pada Isnin. Mahkamah memutuskan bahawa kes mereka akan diselesaikan melalui proses Hakam Islah pada 13 Ogos depan.

Zehra menjelaskan bahawa buat masa ini, fokusnya adalah untuk menyelesaikan urusan perceraian terlebih dahulu sebelum memikirkan hal lain.

Namun, beliau tidak menafikan bahawa suaminya pernah datang menjaga anak mereka sewaktu ditahan di hospital  tetapi hanya untuk satu malam.

Saya tidak boleh halang dan tidak benarkan dia datang jaga sebab itu pun anak dia. Namun, urusan lain seperti insurans dan bil hospital semua saya tanggung.

Dia hanya datang melenggang bawa diri sahaja dan ambil gambar barangkali untuk konten semata.

Terdahulu, Zehra memfailkan permohonan cerai secara ‘fast track’ terhadap Iqwan selepas mendakwa sudah lebih tiga tahun berkorban mempertahankan rumah tangga mereka.

Sementara itu, Iqwan pernah memaklumkan bahawa Zehra mengemukakan lima tuntutan dalam permohonan cerainya pada 7 Mac lalu, antaranya berkaitan tiada lagi persefahaman, cuai dalam menjalankan tanggungjawab, masalah sikap, pengabaian, serta mendakwa perkahwinan mereka tidak lagi dapat diselamatkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

suami zehra zambry
2025-07-14 11:56:31

"Saya Dah 'Ready' Nak Ceraikan Zehra, Saya Ikut Saja" - Nur Iqwan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...