Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Datang Macam Bomba Kalau Minta Apa-Apa,” Ramli MS Dedah Tinggal Di Hotel Selama 13 Tahun Selepas Bercerai

Tok Ram

Maestro terkenal negara, Datuk Ramli MS menerusi program yang semakin mendapat tempat di hati penonton, Laser Bertemu Laser yang dihoskan oleh Azwan Ali mendedahkan mengenai perjalanan hidupnya selepas bercerai dengan isterinya yang dahulu.

Ramli MSSumber : Instagram Datuk Ramli MS  

Menurut Ramli MS yang mesra disapa sebagai Tok Ram ini, dia pernah tinggal di hotel selama tempoh 13 tahun selepas bercerai dengan isteri.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

“Aku tinggal di hotel selamat 13 tahun dan tak pernah tutup ‘aircond’ sepanjang tempoh itu. Buat apa nak malu? Selepas aku bercerai, aku bagi rumah aku dekat bekas isteri, aku keluar bawa baju je aku pergi duduk hotel.”

Kata pengkritik lagu terkenal ini lagi, jika diberikan pilihan untuk duduk di rumah atau hotel, dia lebih memilih untuk tinggal di hotel kerana pihak hotel akan datang seperti ‘bomba’ jika meminta sesuatu.

View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Advertisement

Tidak pernah malu dengan apa yang dilakukannya, Ramli berkata dia tidak kisah dengan tanggapan negatif terhadap dirinya selama berkecimpung dalam dunia seni hiburan tanah air.

“Kalau pergi rumah orang tak jemput makan, kita makan itu malu. Tapi malu kalau orang mengata, nak tengok kita negatif, I don’t care!” ujarnya lagi.

Program Laser Bertemu Laser Diva AA bersama tetamu jemputan Datuk Ramli MS boleh ditonton semula di saluran Astro On Demand ataupun secara ulangan pada hari Sabtu ini jam 6.30 petang di Astro Ria. Selain itu, episod penuh juga boleh ditonton menerusi laman web Gempak.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama