“Datang Ke Majlis Secara Intelek, Jika Nak Bantah Ceramah Dr Zakir”, Pesan Dr Asri Kepada Hindraf

Trending

“Datang Ke Majlis Secara Intelek, Jika Nak Bantah Ceramah Dr Zakir”, Pesan Dr Asri Kepada Hindraf

zakir

Beberapa pihak termasuk Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) telah membantah kehadiran penceramah pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik untuk mengadakan ceramah umum minggu depan.

Advertisement

Berikutan dengan itu, Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan mereka ini datang secara intelek ketika sesi soal jawab.

“Saya belum pernah dengar ucapan beliau mengajak kepada permusuhan antara agama. Beliau hanya bercakap tajuk perbandingan antara agama. Bicara beliau bersifat ‘intelectual discourse’.

“Jika Hindraf (Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu) ataupun kumpulan yang menamakan diri mereka Aswaja (Ahli Sunnah Wal Jamaah) tidak setuju, mereka mungkin boleh hadir dan bantah secara intelek semasa sesi soal-jawab,” katanya di laman Facebook.

Menurut Dr Asri lagi, Hindraf sudah terkena sindrom puak dalam masyarakat muslim yang suka menuduh orang lain bukan Ahlus Sunnah wal Jamaah sedangkan pertubuhan berkenaan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Ahlus Sunnah wal Jamaah.

“Hindraf beragama Hindu, apakah pulak kaitan mereka dengan aliran Ahlus Sunnah wal Jamaah? Maka tidak pelik jika dalam kalangan muslim ada kelompok bukan Ahlus Sunnah wal Jamaah tetapi menuduh orang lain bukan Ahlus Sunnah wal Jamaah,” tegas Dr Asri.

Hindraff sebelum ini telah mendesak kerajaan untuk membatalkan program yang melibatkan  Dr Zakir Naik termasuk melarangnya memasuki negara ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.