Datang Hospital Dengan Selempang, Shiera & Ijoy Kini Bergelar ‘Datuk’ – “Orang Lain Ambil Datuk Di Istana, Kami…”

Hiburan

Datang Hospital Dengan Selempang, Shiera & Ijoy Kini Bergelar ‘Datuk’ – “Orang Lain Ambil Datuk Di Istana, Kami…”

Pelakon dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah kini berdepan fasa baharu dalam hidupnya sebagai seorang nenek.

Sharifah Shahirah atau lebih mesra dipanggil Shiera berkongsi kegembiraan apabila anak sulungnya, Allisya, selamat melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang.

Advertisement

cucu sharifah shahirah

Berita gembira ini dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram milik penyampai radio itu.

Ia memaparkan Shiera bersama suaminya, Ijoy Azari, tampil berpakaian ala-ala menerima gelaran Datuk di istana lengkap dengan selempang kuning.

Namun, perkara yang benar-benar mencuri perhatian netizen adalah gaya unik penyampai radio itu mengumumkan berita gembira ini menerusi kapsyennya.

Giliran kami pula dapat ‘datuk’ di hospital di Kuantan Pahang. Tahniah Datuk Ijoy. Selempang dah sama dengan jalan raya. ALLAH bagi rezeki jadi Datuk.

 

Siapa suruh kahwin dengan aku. Dapatlah gelaran datuk. Orang lain ambil gelaran itu di istana, kami ambil di hospital.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Menurut pelakon itu, bayi comel itu dilahirkan lebih awal daripada jangkaan iaitu pada awal tahun depan namun atas nasihat doktor, pembedahan perlu dilakukan dengan segera demi keselamatan ibu dan bayi.

TANAH RUNTUH MELAWATI
2 months ago

Sharifah Shahira Kongsi Kejadian Tanah Runtuh Di Taman Melawati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...