Pelakon dan juga penyanyi, Daiyan Trisha tampil meluahkan rasa kecewa apabila dia difitnah oleh segelintir netizen yang tidak senang duduk dengan usahanya menjadi sukarelawan di pusat pemberian vaksin (PPV) baru-baru ini.
Ini berikutan tular sebuah kenyataan daripada seorang individu yang mendakwa kebanyakan sukarelawan dalam kalangan artis hanya datang ke PPV untuk bergambar semata-mata.
“Mereka datang hanya untuk ambil gambar, jadi sukarelawan 15 minit lepas tu balik..” kata individu tersebut di media sosial Twitter.
Perkara tersebut menjadi perhatian penyanyi tersebut apabila namanya turut ‘dipetik’ oleh netizen.
Enggan mengeruhkan keadaan, Daiyan tampil mempertahankan dirinya dan memaklumkan bahawa keadaan sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk menyebarkan kebencian dan kesakitan kepada orang lain.
View this post on Instagram
“Pada awalnya saya tidak mahu respon kerana di akhirnya nanti, ia sepatutnya menjadi sebuah isu. Tapi bila penipuan jadi sesuatu ‘kebenaran buat sesetengah pihak, saya terpaksa pertahankan. Tiada siapa patut dimalukan, terutama apabila mereka hanya ingin menghulurkan bantuan.”
Setelah beberapa lama, individu tersebut telah tampil membuat permohonan maaf dan memadam hantaran tersebut setelah twit tersebut menjadi tular dan perbualan hangat dalam kalangan netizen.
Daiyan dalam pada itu Daiyan turut memberi nasihat agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah kepada orang lain.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.