Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Datang Awal Pun Tak Dapat Masuk, Ezad Lazim Sedih Tak Dapat Solat Jumaat Di Masjid

Tampil meluahkan rasa kesal dan kecewa, penyanyi dan pelakon Ezad Lazim berkata dia masih belum berkesempatan untuk menunaikan ibadah solat jumaat meskipun hadir awal ke masjid, semalam.

Advertisement

Perkara tersebut diluahkan Ezad menerusi sebuah hantaran Instagram miliknya baru-baru ini.

IG POST EZAD LAZIMSumber : Instagram Ezad Lazim  

Kata Ezad, dia hadir awal berbanding minggu lepas namun pintu pagar masjid telah pun ditutup dan para jemaah lain yang turut sama hadir tidak dapat menunaikan ibadah wajib itu.

Salam jumaat..minggu ni datang lagi awal dari minggu lepas..sampai sampai lagi awal pintu pagar dah tutup. Ada yang bagi cadangan suruh minggu depan kena datang dari subuh..dhuha..terus duduk dalam masjid jangan keluar. Semoga dipermudahkan kesulitan kita bersama.

Dalam hantaran itu, penyanyi lagu Jesnita ini memuat naik sekeping foto memaparkan pagar pintu masjid yang telah ditutup dipercayai berlokasi di Masjid Sultan Abdul Samad, Sepang, Kuala Lumpur.

Advertisement
Ezad Lazim dan keluargaSumber : Majalah Keluarga  

Terdahulu, kerajaan telah memberi kelonggaran kepada umat Islam untuk menunaikan ibadah secara berjemaah di masjid atau surau sepanjang Program Pemulihan Negara Fasa 1 dengan SOP yang telah ditetapkan.

Kapasiti untuk sesebuah rumah ibadah adalah tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Yaya

    September 12, 2021 at 2:43 am

    Kan pihak masjid dah bagi maklum balas.. Masjid ada quota. Masjid mana2 pun bukan masjid putrajaya je. Untuk dapat quota ni kena melalui online register. Maksudnya kena chop awal2. Bukan sapa dtg cepat dia dapat. Itu la ang. Prosedur tak tau main hentam ja datang

  2. Anon

    September 11, 2021 at 4:49 pm

    Duduk je atas jalan tepi masjid. Kat luar udara tak tertutup. Duk sorang2. Speaker kuat. Biarlah orang nak kata apa pun kan. Ikut sop.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top