Kerajaan akan memberikan rebat Rahmah berupa tambahan kuota data minimum 5GB kepada pengguna telekomunikasi pascabayar dan prabayar warga Malaysia pada hari pertama Aidilfitri ini.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, memaklumkan bahawa kos tambahan kuota tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat telekomunikasi.
Ini adalah insentif kali pertama diperkenalkan khususnya Kementerian Komunikasi iaitu tambahan kuota data minimum 5GB kepada semua pengguna pascabayar dan prabayar, warga Malaysia.
“Tambahan kuota data ini sah bagi tempoh 24 jam, tertakluk kepada terma dan syarat penawaran syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi,” katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet hari ini.
Fahmi, yang juga jurucakap kerajaan Perpaduan, menegaskan bahawa inisiatif ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dan syarikat telekomunikasi, selari dengan aspirasi kerajaan Madani untuk mengutamakan nilai ihsan kepada rakyat.
Menurutnya, insentif ini juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim melalui komunikasi dalam talian sepanjang sambutan Aidilfitri.
“Insentif ini dijangka memberi manfaat kepada sekitar 45 juta pemegang akaun berdaftar di negara ini,” tambahnya.
Maklumat lanjut mengenai insentif rebat Rahmah Aidilfitri akan diumumkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.