“Dasar Tak Guna, Ke Neraka Jela Ko” – Paksa ‘Uncle’ Lalamove Bayar Ganti Rugi Kek Hancur, ‘Baker’ Diboikot Netizen

Trending

“Dasar Tak Guna, Ke Neraka Jela Ko” – Paksa ‘Uncle’ Lalamove Bayar Ganti Rugi Kek Hancur, ‘Baker’ Diboikot Netizen

Tular di aplikasi Twitter tentang seorang baker yang kini dihentam teruk oleh ramai netizen kerana dikatakan biadap dengan penghantar makanan. Menerusi perkongsian baker itu sendiri, dia meluahkan rasa marahnya selepas kek yang dihantar menggunakan servis penghantaran itu hancur.

Dia menuduh lelaki yang menghantar kek itu cuai menyebabkannya mengalami kerugian dan baker tersebut turut meminta ganti rugi bernilai RM113.

Advertisement

Kau hancurkan kek aku macam tu je. pastu kata kek murah? Kalau murah kenapa takleh bayar balik? Bod*h betul.”

Wanita itu kemudian menerima kecaman teruk daripada warganet di aplikasi Twitter kerana kurang ajar, racist dan apa yang berlaku juga merupakan kesilapannya sendiri.

Lebih membuatkan netizen bengang adalah penghantar makanan tersebut merupakan lelaki yang sudah tua dan terpaksa mencari CDM untuk melakukan transaksi pindahan wang.

Seorang netizen berkata,

Faham tak hancur hati bila baca uncle tu kata poket dia baru RM60 gaji tak banyak lagi. Dah la bukan salah uncle tu, kena marah pulak.”

Disebabkan itu, ramai yang meminta wanita ini mendedahkan nombor telefon dan maklumat tentang ‘uncle’ tersebut kerana mereka mahu memberikan wang kepadanya semula.

Menerusi ciapan terbaru, wanita itu telah menyangkal dakwaan netizen bahawa dia menggunakan khidmat motor tetapi mengakui dia membayar perkhidmatan kereta untuk menghantar kek berkenaan.

Dia juga turut memohon maaf atas kesilapannya yang bersikap kurang sopan dan tidak beradab terhadap ‘uncle’ yang menghantar kek tersebut.

Sementara itu, isu ini telah pun tular sehingga ke aplikasi Facebook dan ramai warganet lain turut berasa marah dengan sikap biadap baker terbabit.

Malah, sesetengah daripada mereka mengajak orang ramai untuk boikot perniagaan baker tersebut di Instagram

Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.

 

wanita baling botol pada rider
2 years ago

(VIDEO) “Nak Niaga Ke Nak Gaduh” - Wanita Baling Botol Kaca Dekat Rider, Tak Tahan Didesak Order Lambat Siap

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...