Tipulah kalau ada rakyat Malaysia yang cakap mereka tak kenal dengan Dr. Amalina Bakri. Wanita hebat itu mula dikenali ramai selepas berjaya memegang rekod SPM terbaik pada tahun 2004.
Walaupun sibuk bekerja sebagai pakar pembedahan di hospital di London, tetapi beliau tidak lupa menabur bakti dengan memberikan nasihat kepada rakyat tempatan dalam aspek kesihatan menerusi laman Twitternya.
Disebabkan sentiasa mendapat pelbagai soalan kesihatan hampir setiap hari, Dr Amalina membuat keputusan untuk membuka laman sesawang sendiri bagi berkongsi ilmu kesihatan untuk pengetahuan masyarakat umum.
Selama beberapa tahun ini, saya sudah berkongsi ilmu dan fakta dengan bukti penyelidikan dan saya rasa sudah sampai masa saya membawanya ke peringkat seterusnya. Saya sangat teruja dengan projek terbaru ini dan berharap agar anda akan belajar sesuatu yang baru!
Hi guys, I’ve just launched my own website called ‘Ask Dr Amalina’. I will be posting general health information and blog about current health issues. Link: https://t.co/Ue4cRnkYuK pic.twitter.com/6BCnt3KusB
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) March 2, 2020
Tetapi Dr Amalina mengingatkan bahawa ini bukanlah platform untuk mendapatkan khidmat nasihat perubatan secara peribadi dan hanyalah medium untuk menyebarkan informasi am. Selain itu, beliau turut menegaskan orang ramai supaya berjumpa dengan doktor berhampiran sekiranya mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang masalah kesihatan.
Doktor ini juga meminta pengikutnya supaya mencadangkan topik yang boleh dikongsikannya dalam laman web terbaru itu. Tak lokek ilmu betul!
Kebanyakan netizen juga melahirkan rasa teruja mereka dengan projek terbaru Dr Amalina ini dan turut memberi pujian melambung kerana inisiatifnya untuk membantu orang lain. Meskipun sibuk dengan pesakit, wanita ini tetap cuba menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat Malaysia.
Dapatkan banyak lagi berita menarik hanya di AmazingNara!