Daripada Seorang Pengurus Di Kuala Lumpur Kini Menjadi Penjual Nasi Lemak 50 Sen

Kehidupan

Daripada Seorang Pengurus Di Kuala Lumpur Kini Menjadi Penjual Nasi Lemak 50 Sen

Kehidupan bekerja di Kuala Lumpur sememangnya menjanjikan pendapatan yang lumayan daripada tempat lain di luar bandar. Namun hakikatnya, tekanan dan kos sara hidup juga turut sama tinggi.

Untuk mereka yang bekerja di bandar ini pastinya tahu betapa sibuknya keadaan seawal jam 7 pagi ketika permulaan hari bekerja sehinggalah jam 8 malam. Keadaan ini berterusan daripada hari Isnin sehinggalah Jumaat dan seterusnya akan berulang.

Advertisement

Wong Kum Soon yang bekerja di salah satu syarikat di Kuala Lumpur ini, mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya selepas 7 tahun bekerja.

Oleh kerana waktu bekerja yang panjang selain perlu berulang alik ke sana sini dia akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada kehidupan sibuk di kota ini.

via GIPHY

Sebaliknya dia berpindah ke Bagan Lalang, Pulau Pinang dan memulakan perniagaannya dua tahun lepas. Berbekalkan pengalamannya sebagai pengurus sebelum ini, Wong mencari idea dalam memajukan perniagaannya.

Advertisement

Pada mulanya dia berniaga kuih muih dan soya sahaja namun jualannya tidak berjaya menarik perhatian ramai.

Bagi menarik perhatian pembeli, Wong mula menjual nasi lemak serendah harga RM 0.50 sen sahaja!

Mana nak dapat nasi lemak RM 0.50 sen dekat KL ni…

via GIPHY

Perniagaannya mula mendapat sambutan ramai dan seawal jam 7 pagi orang ramai telah mula berkumpul di gerai jualannya. Pada jam 9.30 pagi jualannya telah habis dan dia meneruskan menjual kuih muih yang tinggal.

Terdapat 4 jenis nasi lemak yang dijual antaranya ialah telur, ikan masin, udang dan ikan bilis. Dalam sehari, Wong akan membuat kira-kira 500-650 bungkus nasi lemak dan mengambil untung kira-kira RM0.10 sen untuk sebungkus nasi lemak.

Jadi sekarang ni dekat KL mana nak dapat nasi lemak 50 sen ni? Selalunya jumpa nasi lemak harga RM2 ada lah.

Sumber: The Rakyat Post

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...