Kehidupan bekerja di Kuala Lumpur sememangnya menjanjikan pendapatan yang lumayan daripada tempat lain di luar bandar. Namun hakikatnya, tekanan dan kos sara hidup juga turut sama tinggi.
Untuk mereka yang bekerja di bandar ini pastinya tahu betapa sibuknya keadaan seawal jam 7 pagi ketika permulaan hari bekerja sehinggalah jam 8 malam. Keadaan ini berterusan daripada hari Isnin sehinggalah Jumaat dan seterusnya akan berulang.
Wong Kum Soon yang bekerja di salah satu syarikat di Kuala Lumpur ini, mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya selepas 7 tahun bekerja.
Oleh kerana waktu bekerja yang panjang selain perlu berulang alik ke sana sini dia akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada kehidupan sibuk di kota ini.
Sebaliknya dia berpindah ke Bagan Lalang, Pulau Pinang dan memulakan perniagaannya dua tahun lepas. Berbekalkan pengalamannya sebagai pengurus sebelum ini, Wong mencari idea dalam memajukan perniagaannya.
Pada mulanya dia berniaga kuih muih dan soya sahaja namun jualannya tidak berjaya menarik perhatian ramai.
Bagi menarik perhatian pembeli, Wong mula menjual nasi lemak serendah harga RM 0.50 sen sahaja!
Mana nak dapat nasi lemak RM 0.50 sen dekat KL ni…
Terdapat 4 jenis nasi lemak yang dijual antaranya ialah telur, ikan masin, udang dan ikan bilis. Dalam sehari, Wong akan membuat kira-kira 500-650 bungkus nasi lemak dan mengambil untung kira-kira RM0.10 sen untuk sebungkus nasi lemak.
Sumber: The Rakyat Post