“Daripada Kahwin Sampai Cerai Satu Haram Tak Bagi. Biawak Hidup Ni Kan!” – ‘Tweet’ Ubai Raih Perhatian, Cakap Pasal Siapa?

Hiburan

“Daripada Kahwin Sampai Cerai Satu Haram Tak Bagi. Biawak Hidup Ni Kan!” – ‘Tweet’ Ubai Raih Perhatian, Cakap Pasal Siapa?

Hantaran pempengaruh yang juga suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai meraih perhatian dan mengundang persoalan warganet selepas dia meluahkan rasa marahnya terhadap seseorang.

Menerusi hantaran itu, Ubai dilihat meluahkan rasa marah terhadap lelaki yang mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Advertisement

ubai

 

Tak beri nafkah pada anak

Tidak menyebut sebarang nama, Ubai bengang apabila individu yang dimaksudkan memberi alasan yang tidak masuk akal.

Nafkah anak tak bagi walaupun RM350, dengan alasan sebab bekas isteri sudah kahwin. So, tanggungjawab anak sudah berpindah kepada suaminya.

ubai

 

Dari kahwin sampai cerai tak bagi nafkah

Bahkan, lebih membuatkannya ‘panas hati’ apabila niat untuk membantu disalah erti dan dituduh pula menggunakan duit si isteri.

Ubai turut mendedahkan individu tersebut culas menjalankan tanggungjawab serta menyediakan tempat tinggal, makan minum dan nafkah sebelum ini.

Dulu bekas isteri tanggung dari makan, minum, kenderaan dan tempat tinggal. Bil hospital beranak pun langsung kau tak ambil peduli. Eh, geram pula aku.

Berdasarkan kenyataan tersebut, Ubai dipercayai meluahkan rasa kecewa dan marahnya terhadap bekas suami Shila Amzah dan bapa kepada Seth Uwais.

Untuk rekod, Shila dan Haris Idraki mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 namun bercerai pada 2022. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Seth Uwais yang bakal menginjak usia 5 tahun pada Ogos ini.

Shila amzah
1 month ago

"Awak Seorang Ibu, Ada Anak, Tolong Jaga Lisan" - Shila Amzah Berang Bertemu Dengan Individu Mulut Jahat, Nasib Ada Ubai Tenangkan

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...