Hantaran pempengaruh yang juga suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai meraih perhatian dan mengundang persoalan warganet selepas dia meluahkan rasa marahnya terhadap seseorang.
Menerusi hantaran itu, Ubai dilihat meluahkan rasa marah terhadap lelaki yang mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa.
Tak beri nafkah pada anak
Tidak menyebut sebarang nama, Ubai bengang apabila individu yang dimaksudkan memberi alasan yang tidak masuk akal.
Nafkah anak tak bagi walaupun RM350, dengan alasan sebab bekas isteri sudah kahwin. So, tanggungjawab anak sudah berpindah kepada suaminya.
Dari kahwin sampai cerai tak bagi nafkah
Bahkan, lebih membuatkannya ‘panas hati’ apabila niat untuk membantu disalah erti dan dituduh pula menggunakan duit si isteri.
Ubai turut mendedahkan individu tersebut culas menjalankan tanggungjawab serta menyediakan tempat tinggal, makan minum dan nafkah sebelum ini.
Dulu bekas isteri tanggung dari makan, minum, kenderaan dan tempat tinggal. Bil hospital beranak pun langsung kau tak ambil peduli. Eh, geram pula aku.
Daripada kahwin sampai cerai satu haram pun tak bagi. Anak minta kasut pun tak bagi2 sampai sekarang. Dulu pun ex tanggung dari makan, minum, kenderaan dan tempat tinggal. Bil hospital beranak pun langsung kau tak ambik peduli.
Eh geram pulak aku.
— UbaiMz (@UbaiMz) April 27, 2024
Berdasarkan kenyataan tersebut, Ubai dipercayai meluahkan rasa kecewa dan marahnya terhadap bekas suami Shila Amzah dan bapa kepada Seth Uwais.
Untuk rekod, Shila dan Haris Idraki mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 namun bercerai pada 2022. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Seth Uwais yang bakal menginjak usia 5 tahun pada Ogos ini.