Sinonim dengan gelaran komposer muzik dan juri program realiti TV, Datuk Ramli MS nampaknya sudah ‘level up’ menjadi seorang cef apabila dia bakal muncul dalam program Sedapur Bersama Tok Ram bersama-sama dengan dengan penyanyi Misha Omar.
Program yang berlangsung selama beberapa episod menampilkan ramai artis dan personaliti TV berbeza menunjukkan bakat memasak masing-masing itu sebelum ini telah melabuhkan tirainya minggu lalu dengan menampilkan Sedapur Bersama Nana Mahazan.
Kali ini, Datuk Ramli MS atau lebih mesra disapa sebagai Tok Ram khabarnya akan berkerjasama dengan Misha Omar untuk memasak Singgang Bawal Emas Portugis.
Dalam episod tersebut, beberapa perkara seperti Misha menggelarkan Tok Ram dengan panggilan Cikgu manakala Tok Ram pula memanggil Misha dengan panggilan Mek.
Selain itu, maestro muzik tempatan itu turut akan memberi tips dan cara untuk membersihkan ikan dengan sempurna dan beberapa tips rahsia lain dalam menyediakan hidangan istimewa itu.
Dalam pada itu, Misha juga telah mendedahkan bahawa dia pada awalnya sering berasa tersinggung dengan cara Tok Ram bercakap dengannya. Namun begitu, juri tetap program nyanyian Gegar Vaganza itu menjelaskan dia hanya bercakap kasar dengan orang yang rapat dengan dirinya.
Malah, Tok Ram juga memberitahu bahawa dia sering membantu ibunya di dapur sejak berumur 8 tahun.
Episod pertama Sedapur Bersama Tok Ram boleh ditonton menerusi Astro Naura (saluran 109) pada malam ini jam 9.00 malam.
Sumber : Astro Gempak