Baru-baru ini, adik kepada penyanyi popular, Shila Amzah iaitu Amir Syafiq meminta bekas isteri, Nurul Anis henti bercakap buruk serta mengaibkannya dalam platform media sosial.
Kata Syafiq dalam akaun TikToknya, segala dakwaan yang disebarkan oleh bekas isteri adalah tidak benar sama sekali.
Cuma satu saja saya pesan, sudah-sudahlah! Daripada 2016 sampai sekarang tak berhenti nak keluarkan kenyataan yang tak semuanya betul.
Dalam pada masa yang sama, adik lelaki Shila Amzah itu berkata masalah peribadinya bersama Anis adalah hal peribadi dan itu terpulang kepada dirinya untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.
Katanya, dia lebih memilih untuk selesaikan masalah bersama bekas isteri secara peribadi berbanding secara terbuka.
Sekadar info, Shafiq Amzah dan Anis mendirikan rumah tangga pada tahun 2014, namun bercerai selepas dua tahun bersama.