“Dari Zaman Kolej Pakai Macam Ni” – Nik Nazira Nafi ‘Culture Shock’ Lepas Kahwin Dengan Yonnyboii

Hiburan

“Dari Zaman Kolej Pakai Macam Ni” – Nik Nazira Nafi ‘Culture Shock’ Lepas Kahwin Dengan Yonnyboii

Sebelum ini, isteri kepada penyanyi rap, Yonnyboii iaitu Nik Nazira menjadi perhatian dan bualan hangat netizen selepas sering memuat naik hantaran video di laman TikTok memaparkan imej terbaharunya.

Menerusi video tersebut, Nazira yang lebih mesra disapa Nina itu kini dilihat semakin gemar memakai pakaian seksi dan mencolok mata.

Advertisement

Bagaimanapun, penampilan pempengaruh media sosial berusia 23 tahun itu menerima kritikan orang ramai yang mendakwa dia ‘culture shock’ selepas berkahwin dengan Yonnyboii.

Tampil menafikan dakwaan tersebut, Nazira menjelaskan itu adalah penampilan dirinya sejak dari zaman kolej lagi.

Saya cuma jadi diri sendiri… Imej saya ini bukan sebab kahwin dengan Yonnyboii.

Menurutnya lagi, netizen yang mengecam itu mungkin tidak tahu atau tak mengenali siapa dirinya dan apa sahaja yang dilakukannya akan nampak salah di mata netizen.

Memang dari dulu, waktu kolej pun saya pakai seperti ini.

Bukan itu sahaja, Nazira memaklumkan suaminya, Yonnyboii turut menasihatinya untuk tidak membaca komen bagi mengelakkan emosinya terganggu.

Yonny pun minta saya jangan baca komen. Saya pun tak baca, biarlah netizen nak kata apa pun. Mereka kutuk, saya dapat pahala.

Dalam pada itu, Nazira memohon maaf sekiranya penampilan dirinya dianggap terlalu seksi dan mendatangkan rasa kurang senang pada mata netizen.

Ikutkan selama ini saya buat hal sendiri. Tapi tak apa la, saya minta maaf kalau ada netizen lihat imej saya terlalu seksi.

Info tambahan, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman bin Nor Azrin telah selamat bergelar suami kepada Nik Nazira binti Narriman pada 20 November 2021.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Didikan Suami Soleh" - Makin Seksi, Netizen Kata Isteri Yonnyboii 'Culture Shock'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...