Dari Tahun 2020 Bekas Suami Tak Bayar, Wanita Dedah Nafkah Anak Tertunggak Lebih RM70K! – “Perit Ni Tak Patut Ditanggung Seorang..”

Kehidupan

Dari Tahun 2020 Bekas Suami Tak Bayar, Wanita Dedah Nafkah Anak Tertunggak Lebih RM70K! – “Perit Ni Tak Patut Ditanggung Seorang..”

Baru-baru ini, melalui platform Facebook, wanita yang juga merupakan seorang ibu bernama Mizah Salleh tampil mendedahkan bahawa bekas suami gagal menjalankan tanggungjawab memberi nafkah.

Bertahun nafkah tertunggak, cecah lebih RM70k!

Bukan jumlah yang sedikit, Mizah mendedahkan bahawa tunggakan nafkah yang tidak dibayar oleh bekas suami adalah sebanyak RM70,750, di mana ia tidak dibayar sejak November 2020.

Advertisement

Dapat dilihat melalui perkongsiannya di platform Facebook, kadar nafkah yang dipersetujui oleh mahkamah adalah sebanyak RM1,350 sebulan, ia tidak termasuk perbelanjaan tambahan seperti kos awal persekolahan, persiapan Hari Raya dan keperluan anak-anak.

Saya berkorban apa saja, tapi keperitan ini tak sepatutnya ditanggung seorang diri. Kalau dulu boleh berjanji di hadapan hakim dan Allah untuk beri nafkah setiap bulan. Kenapa kini senyap tanpa khabar?

“Buku tak cukup, kasut lambat ganti, terpaksa tahan kehendak..”

Tegas wanita itu, ini bukan soal bekas pasangan tetapi ia lebih kepada tanggungjawab terhadap darah daging sendiri biarpun sudah pun mendirikan rumah tangga dengan suami baru.
Anak-anak membesar tanpa tahu apa maksud ‘tunggakan’, tapi mereka rasa kesannya. Bila buku tak cukup, bila kasut koyak lambat diganti, bila mereka terpaksa tahan kehendak kerana keperluan lebih penting.
Tambahannya lagi, catatan yang dibuat oleh wanita itu adalah sebagai bukti perjuangannya sebagai seorang ibu yang menuntut hak anak-anak yang digagal dilaksanakan oleh bapa kandung mereka.
firdaus wong 3 remaja cina
2025-08-04 16:30:20

Sedekah Tapi Hanya Beri Sisa Tulang, Firdaus Wong Kesal Dengan 3 Remaja Cina - "Bila Salah Guna Akal Yang Allah Kurniakan Demi Konten"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...