Zaman sekarang ini, mereka yang sudah pencen selalunya akan duduk berehat di rumah melayan anak-anak dan juga cucu bagi meluangkan masa senggang mereka maklumlah pada waktu dahulu sibuk sangat berkerja.
Lain pula cerita buat pasangan Adnan Abdullah dan Hadibah Idris mereka merealisasikan hasrat yang sudah lama mereka pendam dengan memandu sejauh 500 kilometer sehari untuk menunaikan haji di Mekah.
Menurut New Straits Times, Adnan dan isterinya Hadibah sekarang dalam perjalanan ke sana dan sudah melintasi enam buah negara untuk sampai ke Mekah.
Mereka bukan menaiki pesawat seperti orang lain, tetapi menaiki Ford Ranger 2.5 WLT yang diubahsuai khas. Ini adalah hasil pemberian daripada 5 anak mereka.
Difahamkan pasangan ini merupakan bekas pensyarah UITM dan telah berlepas sejak 2 Mei lalu. Mereka dijangkakan akan tiba pada Ogos depan.
Mengambil semangat dari Surah Al-Haj yang menyeru umat Islam berusaha menunaikan haji walaupun dalam keadaan yang sukar, pasangan itu enggan terlalu memikirkan cabaran di hadapan mereka.
Antara negara-negara yang telah dilawati pasangan suami isteri ini termasuklah Thailand, Myanmar, India, Nepal, dan Pakitsan.
Ramai juga yang bertanya kenapa kami tidak naik pesawat untuk tunai haji. Saya jawab mudah, Kami pilih untuk menempuh perjalanan yang sukar.
Kereta pacuan empat roda yang mereka naiki dilengkapi dengan kabin lengkap dengan katil, dapur kecil dan ruang duduk. Anak mereka, Syrrusilah turut memasang sistem kuasa solar pada kenderaan tersebut.
Saya selalu percaya kepada konservasi tenaga dan sumber. Itulah yang sepatutnya,” jelas Adnan.
Ketika pasangan itu dalam perjalanan, anak mereka Syrrulfarah dan Syrrushaqwa bertindak sebagai ‘unit sokongan teknikal’ dengan menguruskan dokumentasi dan kewangan selain berhubung dengan pihak berkuasa sekiranya diperlukan.
Untuk makanan pula, pasangan itu lebih gemar menyediakan hidangan mudah di sudut dapur dalam kabin berkenaan.
Paling menguji ialah mereka terpaksa menempuh perjalanan memenatkan sepanjang bulan Ramadan lalu.
Kami kehilangan berat badan untuk beberapa hari kerana terlalu bergantung kepada serunding dan roti untuk sahur dan berbuka,” kata Hadibah.
Mereka sentiasa memastikan kenderaan itu berada dalam keadaan baik dan jika keadaan mendesak, mereka akan tidur di hotel berhampiran pada waktu malam.
Pasangan itu juga menceritakan dua peristiwa mereka terpaksa berada di balai polis atau kem tentera atas sebab-sebab keselamatan.
Bagi persediaan, mereka membawa kelengkapan ubat-ubatan yang disimpan dalam kotak yang disediakan anak mereka Syrrunnaja yang merupakan seorang doktor.
Menurut Adnan, ‘projek’ tersebut telah dirancang sejak beberapa tahun dan cita-cita yang akhirnya tercapai memandangkan tidak berpeluang untuk mengembara demi membesarkan anak-anak.
Selepas pasangan ini menunaikan haji mereka akan meneruskan perjalanan mereka untuk menziarahi Baitulmaqdis, Afrika Utara dan Eropah Barat sebelum tiba ke United Kingdom untuk melawat anak sulung mereka yang berkerja di Manchester United.
Usia tidak menghalang kita untuk mengembara. Jadi kepada anda yang masih muda, mengembaralah ke luar negara, yang penting usaha itu. Tanpa usaha, kita semua tidak akan berjaya mengecapi impian.
Apa pendapat anda setelah membaca kisah pasangan ini?
Sumber: New Straits Time