Dalam sesebuah majlis perkahwinan yang dihadiri, selalunya kita akan mendapat door gift atau cendermata yang diberikan oleh pihak pengantin sebagai penghargaan kerana hadir ke majlis tersebut.
Jika zaman dahulu, bunga telur adalah satu bentuk door gift yang wajib ada. Tetapi, zaman semakin maju dan juga moden, bunga telur tidak menjadi pilihan.
Lambakan perniagaan yang menawarkan khidmat doorgift untuk majlis perkahwinan menampakkan perubahan trend daripada memberi bunga telur kepada memberi sesuatu yang lebih menarik seperti mug, botol jar, cupcake, coklat, kotak berisi makanan, dan macam-macam lagi.
Namun berbeza pula dengan seorang gadis yang berkongsikan di laman Twitter miliknya. Dimana sejak zaman sekolah lagi mempunyai impian nak beri mee jenama maggi sebagai door gift kepada tetamu yang hadir pada majlis perkahwinannya.
Dari sekolah lagi dah cakap dgn parents kalau kahwin i nak bagi maggie dkt tetamu as a doorgift ? pic.twitter.com/RfRoOI5TeK
— jijibonk (@ctnajihahz) September 14, 2019
Idea lain dari lain ini!
Gadis ini akan memberikan kesemua tetamu yang hadir ke majlisnya nanti dengan sepaket mee maggi.
Tidak mahu membazir
Menurut Harian Metro, gadis ini memilih mee maggi sebagai cendermata supaya tidak membazir.
Namun ada sebab saya memilih mi segera, salah satunya adalah kerana tidak mahu membazir dan ingin cenderahati diberi pada majlis perkahwinan nanti memberi manfaat kepada tetamu.
Saya pernah menyuarakan hasrat itu (memberi cenderahati mi segera) kepada ibu satu ketika dulu dan mulanya, dia mempersoalkannya mungkin kerana tidak pernah melihat pasangan lain melakukannya.
Ibu bapa memahami hasratnya
Tunang saya juga tidak membantah sebaliknya menyokong walaupun terkejut pada mulanya.
Sumber: Twitter, Harian Metro