“Dari Sekolah Dah Minat” – Ubai Dedah Kumpul Duit Sekolah 50 Sen Setiap Hari Demi Beli Album Shila Amzah

Hiburan

“Dari Sekolah Dah Minat” – Ubai Dedah Kumpul Duit Sekolah 50 Sen Setiap Hari Demi Beli Album Shila Amzah

Melalui satu video yang dimuat naik oleh Astro Gempak, pasangan pengantin baru iaitu penyanyi, Shila Amzah dan suami, Ubai telah mendedahkan satu kisah lucu.

Ubai berkata sewaktu masih dibangku sekolah, dirinya pernah mengumpul duit belanja sebanyak 50 sen setiap hari untuk membeli album Shila.

Advertisement

Kata Ubai, ibunya sering memberi RM3 untuk buat belanja seperti bas, makanan serta minuman, jadinya 50 sen itu adalah lebihan bagi membeli album isterinya.

Setelah berjaya mengumpul duit untuk membeli album tersebut, Ubai berkata dia dimarahi oleh arwah ibu kerana setiap masa memasang album berkenaan.

Dalam pada masa menceritakan kisah lucu, selebriti media sosial itu turut berkata dirinya sudah bersedia untuk menjadi ayah tiri buat anak tunggal Shila, Seth Uwais.

Sekadar info, Shila Amzah dan Ubai selamat disatukan pada 5 Ogos lalu, Sabtu dengan sekali lafaz di sebuah hotel di ibu kota.

Shila amzah ubai akad nikah
9 months ago

(FOTO) Ubai Dan Shila Amzah Disatukan Dengan Sekali Lafaz, Tampil Cantik Berseri & Tenang Di Hari Bahagia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...