“Dari Segi Tajwid Pun Memenuhi” – Mula Mula Nampak Cuak, Ramai Terpukau Rupanya Jaa Suzuran Hafaz Surah

Hiburan

“Dari Segi Tajwid Pun Memenuhi” – Mula Mula Nampak Cuak, Ramai Terpukau Rupanya Jaa Suzuran Hafaz Surah

Penyampai radio dan pelakon, Jaa Suzuran atau terkenal dengan panggilan Abe Jaa memang dikenali dengan perwatakan ‘loqlaq’ dan bersahaja.

Namun, siapa sangka di sebalik perwatakannya itu Abe Jaa membuatkan ramai terpukau apabila dia menunjukkan bakatnya menghafaz ayat Al-Quran.

Advertisement

Menerusi satu rakaman yang tular, dia telah dipanggil oleh seorang pempengaruh TikTok yang sering membuat content ‘tebuk ngaji’ dan diminta untuk sambung membaca ayat Al-Quran.

Abe Jaa yang dipanggil ketika itu pada mulanya nampak gementar namun apabila tiba giliran, dia terus membaca dengan baik.

Ramai warganet yang terpukau dan memuji Abe Jaa kerana tidak pernah menunjuk-nunjuk bakat atau sisinya yang ini.

Malah, seorang individu berkata bacaannya itu daripada segi tajwid juga betul serta memuji suaranya membaca surah Ar Rahman itu.

komen abe jaa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...