Dari Pantai Ke Skyline Bandar, Inspirasi Malaysia Dalam Rekaan vivo V70

Branded

Dari Pantai Ke Skyline Bandar, Inspirasi Malaysia Dalam Rekaan vivo V70

vivo Malaysia bakal perkenalkan vivo V70, model telefon pintar yang diinspirasikan daripada Malaysia, antara negara yang terkenal dengan matahari terbenam paling cantik di dunia. 

Warna utama Golden Hour, bukan sekadar menangkap cahaya tetapi juga emosi, rasa tenang, kehangatan dan momen paling bermakna dalam hidup. 

Diilhamkan daripada pantai yang damai, panorama bandar yang memukau dan detik keemasan di seluruh negara, Golden Hour melambangkan cara fikir yang menjadikan momen biasa sebagai kenangan luar biasa. 

Warna ini turut diiktiraf sebagai “The Best Colour of the Year” kerana impak visual dan emosinya yang kuat, selari dengan falsafah reka bentuk yang dekat dengan jiwa pengguna.

Peningkatan Besar Dari Segi Rekaan dan Tekstur

vivo v70

vivo V70 tampil dengan peningkatan besar dari segi rupa, tekstur dan reka bentuk dalam siri V. Ia menggunakan rangka logam bertaraf aeroangkasa yang diperbuat daripada aloi aluminium siri 6 gred angkasa. 

Melalui pelbagai proses penggilapan dan ketepatan mikrometer pada lapisan oksidasi, kemasan logamnya nampak lebih halus dan premium. 

Modul kamera terapung dengan sentuhan potongan berkilau pula menyerlahkan lagi efek metalik. Dengan bonggol kamera serendah 3.29 mm, keseluruhan rekaannya kelihatan lebih kemas dan elegan.

Permukaan kaca menggunakan proses metallic grit baharu yang menghasilkan kemasan matte dengan asas lut sinar. Teksturnya terasa lebih smooth, mesra kulit, serta tahan cap jari dan calar.

Skrin rata besar dengan bucu melengkung memberikan peralihan yang lebih lembut dan kemas. Radius paparan 10.4 mm dan radius bingkai 12.5 mm menjadikan reka bentuknya lebih seimbang. Bezel pula sangat nipis, hanya 1.25 mm di sisi, 1.46 mm di bahagian atas dan 1.77 mm di bawah, untuk pengalaman visual yang lebih imersif dan premium.

Pilihan Warna Premium Untuk Setiap Gaya

Golden Hour, Alpine Gray dan Authentic Black memberi pilihan kepada pengguna untuk tampil dengan gaya sendiri sambil menikmati sentuhan premium. Sebagai warna utama, Golden Hour benar-benar mencerminkan kehangatan dan tenaga Malaysia, dengan inspirasi daripada cahaya semula jadi dan momen indah di seluruh negara.

Bersempena pelancaran vivo V70 nanti, vivo juga akan bekerjasama dengan siri POP MART ZSIGA sebagai sambungan kreatif kepada konsep Golden Hour. Maklumat lanjut tentang kolaborasi ini akan diumumkan tidak lama lagi.

Hadiah Eksklusif dan Pelan Menarik

pre-order promo

Pelanggan yang membuat pra-tempahan vivo V70 dari 24 Februari hingga 13 Mac 2026 di vivo Concept Store akan menikmati pelbagai hadiah eksklusif termasuk AU 999 Gold Wafer serta:

-vivo Buds
-Jaminan lanjutan 365 hari melalui vivo Care
-Jaminan perlindungan skrin 180 hari melalui vivo Care
-Pelan perlindungan cecair 365 hari pada harga RM17 (Purchase-With-Purchase) melalui vivo Care

vivo v70 popmart

Pelanggan juga berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi kotak hadiah edisi terhad POP MART ZSIGA. Semua ganjaran ini boleh didapati di kedai vivo, platform e-dagang rasmi vivo dan laman web rasmi vivo selagi stok masih ada.

vivo V70 bukan sekadar telefon pintar. Ia adalah simbol gaya, memori dan ekspresi diri. Direka untuk mereka yang tidak menunggu momen sempurna tetapi mencipta momen itu sendiri, vivo V70 menangkap cahaya keemasan dalam kehidupan harian.

Dengan material premium, reka bentuk yang teliti dan kolaborasi unik bersama POP MART ZSIGA, vivo V70 mengubah momen singkat menjadi kenangan yang kekal, membolehkan anda membawa kehangatan Golden Hour ke mana sahaja anda pergi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi vivo Malaysia dan ikuti media sosial mereka.

Website: https://www.vivo.com/my 

Facebook: https://www.facebook.com/vivoMalaysia/ 

Instagram: https://www.instagram.com/vivo_malaysia/

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...