September 7th, 2020

Menzahirkan rasa terkilan terhadap tahap kebersihan sungai yang sukari dicapai di negara kita, aktres jelita Maya Karin, akui sudah memperjuangkan isu kebersihan sungai sejak dua tahun lalu, namun masih ramai yang bersikap sambil lewa.

Maya Karin Seru Orang Ramai Jaga Kebersihan Sungai

Maya yang juga seorang aktivis alam sekitar itu dilihat tidak ketinggalan untuk tampil bersuara berkenaan sikap segelintir pihak yang enggan memberi kerjasama bagi membendung masalah yang dihadapi kini di laman Instagramnya miliknya tempoh hari.

“Dua tahun sudah saya fight dan cuba memberi kesedaran tentang sungai bersih dan sihat. Demi alam dan demi kami sendiri, tapi terlalu ramai yang buat acuh tak acuh.”

Dalam pada itu, Maya juga menyedari ramai pihak yang tidak selesa dengan krisis bekalan air di Selangor sejak beberapa hari lalu.

Ujarnya lagi, perkara ini juga mengaitkan punca gangguan bekalan air itu dengan tahap kebersihan sungai di Malaysia.

“Bila empat hari Selangor tak ada air disebabkan sungai tercemar, baru semua bising. Dari mana air kita guna itu datang?”

Maya Karin Seru Orang Ramai Jaga Kebersihan Sungai

Seperti sudah dijangka, menjengah ke ruangan komen posting tersebut, rata-rata pengikutnya turut bersetuju dengan apa yang disuarakan Maya. Malah, tidak ketinggalan tampil memberi pendapat masing-masing berikutan krisis yang sedang hangat dibicarakan netizen ketika ini.

Terdahulu, sekitar Februari 2019, Maya khabarnya kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang menjadikan sungai sebagai tempat membuang sampah selepas menemui pelbagai jenis barangan ketika menjayakan aktiviti Green Sungai Batu For All tahun lalu.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...