Memancing merupakan salah satu hobi yang cukup digemari oleh masyarakat, terutamanya dalam kalangan kaum lelaki kerana ia bukan sahaja memberikan ketenangan dan ruang untuk melarikan diri dari kesibukan harian, malah turut menjadi medium untuk mengeratkan hubungan sesama rakan atau ahli keluarga.
Aktiviti ini juga memerlukan kesabaran, strategi, dan kemahiran tersendiri, menjadikannya satu hobi yang mencabar tetapi memuaskan apabila hasil tangkapan berjaya diperoleh.
Bagi sesetengah individu, memancing bukan sekadar hobi, tetapi satu gaya hidup yang memberi ketenangan jiwa dan kepuasan peribadi.
Namun, siapa sangka, apa yang dulunya sekadar hobi untuk mengisi masa lapang kini telah bertukar menjadi lubuk rezeki yang menjanjikan pendapatan lumayan.
Baru-baru ini, seorang remaja dari Kuala Lipis, Pahang telah berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000 selepas dia memenangi pertandingan memancing yang diadakan di Ulu Yam.
Wang kemenangan itu diberikan secara tunai kepada remaja tersebut dan rata-rata orang ramai tergamam dan teruja melihat wang sebanyak itu.
Ada yang menganggap bahawa ini adalah ‘jackport’ sebenar kerana hanya dengan menyertai pertandingan memancing, remaja tersebut berjaya membawa pulang wang sebanyak itu.
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai berharap agar remaja tersebut memanfaatkan wang tunai itu dengan sebaiknya, khususnya untuk tujuan yang memberi manfaat jangka panjang seperti menyambung pelajaran, menabung untuk masa depan atau membantu keluarga.
Netizen turut menasihati agar dia tidak leka dengan kemewahan sementara dan bijak mengurus rezeki yang diterima.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.