Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid, berkongsi momen penuh makna bersama pengikutnya selepas selesai menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagram, Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid, tidak hanya meluahkan rasa syukur, malah turut memohon maaf kepada sesiapa yang mungkin pernah terasa hati dengan sikap atau tutur katanya.
Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan, rahmat dan keberkatan Allah SWT. Amin ya Rabb.
Mawar ingin memohon maaf dari hati yang paling dalam… andai selama ini ada tutur kata yang terkasar, perbuatan yang menyinggung, atau apa sahaja kekurangan Mawar, sama ada Mawar sedar atau tidak.
Mawar turut membuka ruang kepada sesiapa yang ingin menyampaikan sesuatu kepadanya secara peribadi.
Jika ada yang tersimpan di hati, terasa, atau ada perkara yang ingin disampaikan, pintu DM Mawar sentiasa terbuka.
Mawar terima dengan hati yang reda kerana Mawar sedar setiap manusia tak lari dari khilaf.
Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti menitipkan doa agar Mawar terus diberi kelapangan hati serta istiqamah, selain berharap ada perubahan positif yang dibawanya sekembali dari Tanah Suci.
Perkongsian Mawar itu menerima sambutan hangat, dengan ramai memuji kerendahan hati serta kejujurannya dalam memperbaiki diri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
