Dari F&B Ke Seni Lukis, Pemuda Tak Menang Tangan Siapkan Tempahan ‘Glass Painting’ Buat Pelanggan

Trending

Dari F&B Ke Seni Lukis, Pemuda Tak Menang Tangan Siapkan Tempahan ‘Glass Painting’ Buat Pelanggan

Semua orang mempunyai bakat tersendiri yang boleh dibanggakan atau mungkin boleh dijadikan sumber pendapatan untuk menampung kehidupan.

Glass painting adalah salah satu seni lukisan yang menjadi trend pada masa kini. Ianya sesuai dijadikan cenderamata untuk seseorang atau hiasan di rumah.

Advertisement

Kreatif! Itulah perkataan yang sesuai menggambarkan situasi seorang pemuda yang sanggup menghabiskan masa untuk menghasilkan glass painting yang ditempah oleh pelanggan.

 

Tular di aplikasi TikTok yang menunjukkan cara penghasilan glass painting yang dilakukannya meraih tontonan lebih dua juta.

glass painting

Menurut laporan mStar, pemuda yang bernama Fariz Jefri berkata, semuanya bermula selepas dia menonton video TikTok tentang cara melukis menggunakan cat pada casing telefon bimbit pada tiga bulan lalu.

“Selepas itu saya cuba dan lukis anime pada sarung telefon bimbit… bila ada dapat respon yang kata lukisan tu cantik dan cadangkan untuk jual, saya pun cuba buka order. Tapi mungkin tak ramai yang minat anime, order sangat slow. Kemudian, saya fikir nak lukis wajah orang.. rasanya belum ada lagi yang buat glass painting wajah orang”.

 

Dia yang berkongsi video membuka tempahan di laman sosial pada ketika itu masih bekerja di sebuah outlet Food & Beverages (F&B) dan melakukan dua kerja dalam satu masa. Dia juga terpaksa menyiapkan lukisan yang ditempah selepas pulang kerja.

tempahan glass painting

“Akhirnya, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan fokus kepada bisnes glass painting. Berminggu-minggu juga fikir sebelum buat keputusan berhenti kerja. Tapi ia boleh jana pendapatan… lagipun saya tak mahu sia-siakan bakat melukis”.

Fariz yang berusia 22 tahun dan menetap di Shah Alam, mula menjadi pelukis sepenuh masa dan serius dalam mengambil tempahan selepas mendapat banyak permintaan daripada pelanggan. Pengikut di laman sosial TikTok Fariz juga naik secara mendadak selepas videonya tular.

“Malah terlalu ramai sangat yang hantar mesej di Direct Message (DM) untuk order. Sampai tak sempat nak buka satu-satu”.

Fariz akui dia perlu bijak membahagikan masa untuk menyiapkan semua tempahan kerana dia bekerja seorang diri. Katanya, ada kala dia tidak cukup tidur dan itu boleh membuatkan mood tidak bagus.

“Memang fleksibel sebab sayalah bos dan sayalah pekerja.. cuma kena bijak bahagikan masa. Pernah ada kalanya tak cukup tidur nak siapkan tempahan.. tapi bila tak cukup tidur, boleh buatkan mood tak bagus juga”.

tempahan glass painting

Antara cabaran yang dihadapinya ialah kaca glass painting yang digunakan pecah bila sampai ke tangan pelanggan dan mereka terpaksa refund. Selepas kejadian itu, dia menggunakan kepingan plastik lutsinar.

“Cabaran lain pula, biasanya berdepan dengan kerenah pelanggan yang macam-macam ragam. Ada yang demand nak harga murah.. sedih juga seolah-olah tak hargai effort kita. Ada yang tak henti-henti mesej tanya bila nak siap. Ada ketikanya, cabaran datang daripada diri sendiri.. kadang-kadang rasa muak juga mengadap lukisan hari-hari”. 

Fariz berkata demikian sambil berseloroh.

Cantik juga kalau dapat hias bilik atau rumah dengan glass painting kan..

SUMBER 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...