Kebelakangan ini memang ramai pelakon baru muncul di pasaran. Malah produksi-produksi drama popular juga banyak memberi peluang kepada pelakon baru untuk membuktikan bakat mereka.
Antara yang ingin mencuba nasib dalam bidang lakonan ialah bekas suami Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 26, seperti yang dilaporkan oleh mStar Online Jumaat lepas.
Saya ingin cuba nasib dalam bidang lakonan dan tidak kisah watak apa yang ingin diberikan asalkan ia memberi pengalaman dan laluan kepada saya berada dalam bidang ini.
Sebelum ini saya memang tidak ada pengalaman berlakon tetapi saya sangat berminat dan ingin cuba sahaja dulu dalam bidang ini.
Menurut Farhan, dia ada menerima tawaran untuk berlakon tetapi terpaksa ditolak kerana belum bersedia.
Dia beranggapan kini adalah masa yang paling sesuai berikutan kontroversi perceraian yang dilaluinya sudah mulai reda.
Khabarnya juga, dia sering ke gimnasium untuk membina badan sebagai persediaan.
Selepas bercerai ada juga yang risik dan tawarkan saya untuk berlakon tetapi saya tolak kerana rasa tidak bersedia lagi mungkin faktor badan saya.
Baru-baru ini ada kawan bertanya semula tentang tawaran lakonan dan saya fikir ini masa yang sesuai.
Ujarnya lagi, dia ingin menjadi pelakon semasa masih menjadi suami Abby tetapi tidak dibenarkan oleh wanita itu.
Dulu saya pernah cakap dengan dia yang saya ingin cuba nasib jadi pelakon tetapi dia tidak benarkan langsung. Sekarang ini senang, tidak banyak yang perlu difikirkan.
Satu saja nak tanya bro, sado, sado juga. Bakat macam mana?