“Dari Dulu ‘Red Flag’, Syaitan Pun Pening” – Netizen ‘Gempur’ IG Selebriti Dakwa Lakukan Amang Seksual Gadis 17 Tahun

Trending

“Dari Dulu ‘Red Flag’, Syaitan Pun Pening” – Netizen ‘Gempur’ IG Selebriti Dakwa Lakukan Amang Seksual Gadis 17 Tahun

Ruangan komen Instagram (IG) milik seorang selebriti lelaki mula dibanjiri netizen selepas timbul dakwaan dirinya terlibat dalam kes amang seksual membabitkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Walaupun pihak berkuasa belum mendedahkan identiti selebriti tersebut, ramai netizen mendakwa sudah dapat meneka siapa individu yang dimaksudkan berdasarkan petunjuk yang tersebar.

Advertisement

Menurut tinjauan media, ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa tidak percaya bahawa selebriti yang pernah memenangi anugerah berprestij itu boleh terlibat dengan kes sebegini.

Kalau bukan engkau orangnya, kau balas pada satu komen yang kau bukan orangnya. Kalau awak senyap sahaja maknanya memang awak. Sebabnya kami tak percaya yang awak orangnya.

Dulu memang minat gila dia ni. Tetapi sejak suka serang orang sana sini sejak dari zaman PKP dengan ayat-ayat ‘cringe’ terus automatik tak suka dengan dia. Memang dah dapat agak kau ni memang ‘red flag’ rupanya. Syaitan pun pening.

Ramai juga berpendapat selebriti terbabit wajar tampil membersihkan namanya sekiranya benar dia tidak bersalah.

Malah, ada netizen mencadangkan agar pihak penerbit dan pengarah mempertimbangkan pelakon gantian untuk watak dalam sekuel filem popular yang dijangka dibintangi selebriti itu.

Pada Rabu lalu, pihak polis mengesahkan penahanan seorang selebriti lelaki selepas menerima laporan berkaitan perbuatan amang seksual ke atas seorang remaja di sebuah hotel di Selangor.

Mangsa mendakwa mula mengenali suspek ketika bekerja di sebuah kafe.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

siasatan penyanyi kes amang seksual selesai
2 hours ago

Siasatan Ke Atas Penyanyi Terkenal Berkaitan Kes Amang Seksual Remaja 17 Tahun Sudah Lengkap - Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...