Ramai yang hilang punca pendapatan berikutan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.
Disebabkan itu, ramai yang beralih profesion demi menambah pendapatan harian berikutan PKP yang kini telah masuk ke fasa ketiga.
Yang menariknya angkasawan negara sendiri turut melakukan perkara yang sama.
Perkongsian tentang tugas barunya sewaktu PKP ini mendapat perhatian netizen.
“Kami mula beroperasi kembali minggu lalu sejak PKP dilaksanakan dan saya mengambil alih tugas untuk menghantar sendiri makanan.”
Dalam perkongsian Being A Delivery Boy itu dia turut memberitahu, Restoran Rebung itu sebenarnya adalah salah satu perniagaan yang diusahakan bersama Chef Ismail sejak tahun 2003.
View this post on Instagram
“Saya masih ingat kenangan pergi ke Pasar Borong Selayang seawal jam 4 pagi setiap hari untuk membeli makanan laut segar ketika awal-awal pembukaan restoran kami dahulu.”
Dan kini selepas 17 tahun beroperasi, Dr Sheikh Muszaphar boleh berbangga kerana restoran milik bersamanya itu sentiasa mendapat sambutan.
Rata-rata netizen teruja dan terinspirasi dengan sikapnya ini.
Korang bolehlah buat pesanan di Restoran Rebung ni. Mana tahu nanti makanan yang korang pesan tu, dihantar sendiri oleh angkasawan negara kita.