Dari 137kg ke 76kg, Lelaki Ini Kongsikan Kisah “Weight Loss” Beliau

Kehidupan

Dari 137kg ke 76kg, Lelaki Ini Kongsikan Kisah “Weight Loss” Beliau

Pastinya, isu berat badan adalah sesuatu yang selalu dititikberatkan, tidak kira lelaki ataupun wanita. Dengan gaya hidup kita yang sering berubah, ditambah lagi dengan rutin harian termasuk kerja pasti mengundang stress dan seterusnya tiada masa untuk bersenam.

Tidak kurangnya juga ada ramai individu yang berjaya menurunkan berat badan mereka tetapi akibat “yo-yo effect” berat badan mereka kembali naik. Pelbagai faktor seperti pengurangan pemakanan yang terlalu extreme dan macam-macam lagi.

Advertisement

Namun, bagi seorang individu Amin Othman, melalui laman Twitternya telahg mengkongsikan kisah beliau dari seorang individu yang diklasifikasikan sebagai obes @ 137kg ke 76kg.

Paling utama adalah gaya pemakanan dan gaya hidup

Apakah jenis sarapan yang dipraktikan oleh Amin? Menurutnya, beliau makan oat bersama dengan madu dan tiga biji betik yang panjang.

Antara punca kenaikan berat badan juga adalah caloric surplus atau penambahan jumlah kalori yang berlebihan, terutamanya dari minuman bergula.

Amin, setiap kali berasa lapar akan minum air dan mengelakkan dari minum minuman manis.

Tetapi harus diingatkan juga, terdapat pelbagai lagi jenis alternatif untuk menahan lapar seperti memakan makanan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi dan tidak memakan makanan yang mempunyai empty calories.

Jadi, bagaimana pula dengan aktiviti senaman?


Walaupun beliau berlari secara purata dalam 3 kali seminggu dan juga mengunjungi gym untuk weight training, ramai juga yang mungkin mengalami masalah lutut atau sendi yang pastinya tidak membolehkan mereka melakukan aktiviti berat seperti larian.

Pasti ada alternatif lain seperti low impact exercise yang boleh membina kesihatan sendi dalam jangka masa yang lama.

Terdapat juga beberapa tips yang diberikan oleh Amin seperti hanya memakan makanan yang “berat” sekali saja dalam satu hari.

Pastinya kisah beliau akan memberi inspirasi kepada mereka yang mungkin sudah berputus-asa dalam weight loss journey mereka. Tetapi pada pendapat penulis, bukan semua individu boleh mempraktikkan kesemua tips yang diberi oleh beliau. 

Harus diingatkan bahawa komposisi badan ataupun body composition setiap individu berbeza dari yang lain. Seeloknya anda harus set realistic goals dan mempraktikkan gaya hidup dan pemakanan yang realistik supaya anda tidak drop out dalam masa yang singkat.

Sumber

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...