“Darah Pekat Membuak-Buak” – Ibu Dedah Gambar Keadaan Syamsul Haris Di Unit Forensik, Mahkamah Arah Kubur Digali Semula

Trending

“Darah Pekat Membuak-Buak” – Ibu Dedah Gambar Keadaan Syamsul Haris Di Unit Forensik, Mahkamah Arah Kubur Digali Semula

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Sukai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin digali semula.

Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet membuat keputusan tersebut selepas membenarkan permohonan ibu Allahyarham, Ummu Haiman Bee Daulatgun.

Advertisement

Menurut Bhupindar Singh, proses menggali semula kubur itu dibuat atas tujuan untuk melakukan bedah siasat kali kedua ke atas jasad Allahyarham.

Tambahnnya, proses bedah siasat itu juga perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari selepas jasad dikeluarkan.

syamsul harisSumber : Jalaluddin Baharin  

kes Syamsul Haris

Sebelum ini, wanita berusia 45 tahun tersebut turut memohon inkues dijalankan untuk menyiasat punca kematian anaknya yang meninggal dunia  ketika mengikuti latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pulada) di Ulu Tiram pada 28 Julai lalu.

Menerusi temu ramah baru-baru ini, Ummu Haiman telah berkongsi foto anaknya ketika proses bedah siasat untuk menunjukkan bukti bahawa apa yang dikatakannya sebelum ini benar.

Ummu Haiman berkata ketika bedah siasat dijalankan darah membuak-buak keluar tanpa henti dari hidung dan telinga Syamsul Haris dan turut mendakwa dia tidak dibenarkan untuk menguruskan jenazah anaknya.

ibu Syamsul Haris

Terdahulu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, siasatan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapati tiada sebarang unsur penderaan dalam kematian pelatih berkenaan.

2025-08-04 16:24:03

Ibu Kongsi Momen Hantar Syamsul Haris Ke Kampus Sebelum Meninggal Dunia Ketika Latihan PALAPES - "Bawa Dia Balik Sebagai Jenazah..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...