Jiwa Komando Mengalir Dalam Diri Cucu Sejak Usia 4 Hari

Kehidupan

Jiwa Komando Mengalir Dalam Diri Cucu Sejak Usia 4 Hari

Kanak-kanak sering kali mengikut jejak langkah ibu atau bapa untuk dijadikan sebagai idola dalam hidupnya. Sama juga dengan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun yang ingin mengikut jejak langkah datuknya sebagai seorang bekas komando.

Muhammad Haziq Muhammad Hariq ingin mengikut jejak langkah datuknya Abdul Halim Mat Ludin, 61 yang pernah berkhidmat sebagai seorang komando sejak 1979-an dan merupakan antara sosok dalam Regimen Gerak Khas yang terlibat dalam operasi menentang komunis di Sungai Itik, Perak.

Abdul Halim bekas komando

Advertisement

Abdul Halim berkata, beliau telah melatih cucunya dengan pelbagai latihan ketenteraan seperti kawad, posisi menembak dan mengenali hutan.

Beliau ingin cucunya membesar dengan kefahaman tinggi mengenai ketenteraan dan menghargai jasa pasukan keselamatan yang memelihara kedaulatan negara.
melatih cucunya untuk kedaulatan negara

Semai minat pada cucu sejak usia 4 hari

dari umur 4 hari terap minat pada ketenteraan
Dari umur dia kecil lagi saya sudah terapkan minat dia terhadap tentera, saya belikan alat-alat senjata mainan, dan saya letakkan pada tubuhnya ketika dia tidur, supaya minat dia timbul.

Bukan itu sahaja, beliau turut menyemai minat Haziq terhadap bidang ketenteraan sejak kanak-kanak itu masih bayi lagi.

Kemudian bila dia sudah besar sikit saya mula latih dia, tiap-tiap hari saya bagi latihan berdasarkan latihan yang saya terima semasa di kem dahulu, termasuk jalan lasak, kedudukan menembak, berenang, memanjat tali, masuk hutan dan lain-lain lagi.

Saya ambil dia dari hospital, saya bawa balik ketika usia dia 4 hari. Saya beli senapang yang banyak.

Setiap kali lepas mandi, lepas menyusu ibunya dan bila-bila masa saja, saya akan letak senapang itu.

Tambahnya lagi, usaha mendidik minat kanak-kanak perlulah dilakukan ketika mereka masih kecil.

“Kita nak latih masa dia budak. Bila dah tua, 7, 8 tahun, masa tu dah tak jadi.”

Tak memaksa cucu

Sebagai seorang datuk kepada cucunya ini, beliu tidak pernah memaksa cucunya meminati bidang ketenteraan. Tetapi, ini adalah semangat Haziq yang tak jemu sehingga hari ini.

Baju loreng ni, dia pakai pergi solat Jumaat, kenduri atau pasar. Bukan pakcik paksa, bukan pakcik suruh dia. Semangat dia tu. Kadang-kadang dia sendiri yang nak.

baju loreng yang dipakai Haziq
Apa yang istimewanya Abdul Halim menjahit sendiri baju celoreng untuk cucunya, yang dipakai setiap kali melakukan semua latihan tersebut.

Wan, Haziq nak pakai baju ni.

Abdul Halim berkata, beliau sangat mengharapkan agar Haziq mengikuti jejak langkahnya.

Cucu saya ni, semangat dalam askar tak pernah rasa pudar, tak pernah rasa jemu.

“Saya berazam, akan ku ajak, akan ku latih sepertimana aku kursus komando. Saya akan latih dan didik dia jadi anggota komando.”

Inilah barisan kita

ajar haziq lagu inilah barisan kita
Beliau turut mengajar erti kemerdekaan kepada Haziq melalui lagu patriotik supaya dia memahami tentang kemerdekaan.

Saya cerita tentang kemerdekaan dan ajar dia lagu Inilah Barisan kita supaya dia faham maksud lagu ini.

Moga cita-cita pakcik supaya dia dapat masuk tentera dan komando tercapai.

Macam mana pakcik rasa, macam tu dia rasa supaya dia tahu darah seorang perwira macam mana.

“Macam mana darah pakcik sekarang ni, macam tu lah nak bagi kat dia.

 

 

Moga-moga Haziq dapat mengikut jejak langkah datuknya, dan menjaga keamanan negara kita semua pada masa hadapan.

 

Sumber: Bernama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...