Dapur pada salah sebuah gerai di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, terbakar.
Kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi telah menyebabkan penuntut di fakulti berkenaan menjadi gempar.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, kebakaran bermula di gerai menjual kuih muih dan api berjaya dikawal selepas anggota bomba tiba 13 minit kemudian.
“Gerai berkenaan terbakar 50% dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
“Jumlah kerugian juga masih disiasat,” katanya lapor Utusan Online.